Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Namewee mengaku tidak bersalah miliki dadah, ubat jenis Sildenafil
  • MAHKAMAH

Namewee mengaku tidak bersalah miliki dadah, ubat jenis Sildenafil

Utusan Sarawak 10 hours ago
PENYANYI rap Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee.

KUALA LUMPUR: Penyanyi rap Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan tambahan memiliki ubat jenis Sildenafil di sebuah hotel, tahun lepas.

Namewee, 43, didakwa memiliki bahan jenis Sildenafil berat bersih 0.78 gram di sebuah bilik hotel di Jalan Conlay di sini pada 4.30 petang, 22 Oktober tahun lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 9(1) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 32(2) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain itu, lelaki itu turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pindaan memiliki dadah jenis Methamphetamine dengan berat bersih 1.57 gram pada lokasi, masa dan tarikh sama, mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama dengan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim menetapkan 5 Mac ini untuk sebutan kes dan mengekalkan jaminan RM2,000 yang ditetapkan oleh mahkamah sebelum ini.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurainizatul Farhana Zainal manakala peguam Joshua Tay mewakili Namewee.

Pada 22 Disember tahun lepas, Majistret S.Arunjothy melepas dan membebaskan Namewee daripada pertuduhan memberikan dadah ke dalam badannya, selepas pihak pendakwaan memaklumkan bahawa keputusan patologi adalah negatif dan pihaknya menarik balik pertuduhan tersebut.

-Bernama  

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Kes tikam pelajar: Laporan psikiatri sahkan remaja lelaki layak dibicarakan
Next: Kes saman fitnah Najib, Tommy Thomas selesai cara baik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.