Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jenazah Nadia Kesuma selamat dikebumikan di Jeddah selepas Subuh
  • SEMASA

Jenazah Nadia Kesuma selamat dikebumikan di Jeddah selepas Subuh

Utusan Sarawak 7 hours ago
JENAZAH Allahyarham Nadia Kesuma selamat dikebumikan di Jeddah selepas solat Subuh hari ini.

GEORGE TOWN: Jenazah Allahyarham Nadia Kesuma selamat dikebumikan di Jeddah selepas solat Subuh di sana hari ini.

Suaminya Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah mengesahkan urusan pengebumian isterinya Allahyarham Nadiah Kasumawati Abdul Karim kepada Bernama.

“Jenazah sudah dimandikan oleh anak (Sarah dan kawan arwah), disembahyangkan dan diimamkan sendiri oleh saya.

“Alhamdulillah jenazah dikebumikan selepas Subuh (5.44 pagi waktu Jeddah),” katanya juga menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Sebelum ini, Muhammad Kamarul, 57, yang merupakan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) memaklumkan isterinya meninggal dunia pada 8.07 pagi Khamis lepas, selepas pelakon itu dilaporkan gagal dikesan.

Muhammad Kamarul bersama anak perempuannya mengambil penerbangan ke Jeddah 5.35 petang semalam, bagi menyelesaikan segala urusan jenazah di King Fahad Hospital termasuk dokumentasi serta pengambilan barang-barang peribadi Allahyarham Nadia Kesuma.

Nadia Kesuma menyertai pakej Umrah-London-Paris sebuah agensi pelancongan bersama-sama 21 jemaah lain dan berlepas dari KLIA pada 1.48 pagi, Selasa lepas.

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Langkah perluas rangkaian runcit SARA bantu penerima, PKS
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.