Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Agong berangkat rasmi istiadat pembukaan Parlimen
  • SEMASA

Agong berangkat rasmi istiadat pembukaan Parlimen

Utusan Sarawak 7 hours ago
YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan memeriksa barisan pasukan Kawalan Kehormat Utama daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Sungai Besi pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15, hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 di sini hari ini.

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim di Dataran Parlimen kira-kira 10 pagidisambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut menyambut keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda ialah kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 di sini hari ini. Foto Bernama

Sejurus tiba di Dataran Parlimen Sultan Ibrahim kemudian diiringi ke Penterana Diraja dan menerima sembah “Hormat Diraja” oleh pasukan Kawalan Kehormatan Utama daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Lagu Negaraku kemudiannya dimainkan Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja diikuti tembakan meriam 21 das daripada Pasukan 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja Istiadat. 

Yang di-Pertuan Agong kemudian memeriksa pasukan Kawalan Kehormat Utama dan seterusnya berangkat semula ke Penterana Diraja serta menerima sembah “Hormat Diraja” buat kali kedua, sebelum lagu Negaraku dimainkan sekali lagi.

Selesai istiadat berkenaan, Sultan Ibrahim diiringi ke Bilik Rehat Diraja di bangunan Parlimen sebelum ke sidang Dewan Rakyat untuk menyampaikan Titah Diraja bagi menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15.

Istiadat berkenaan turut disiarkan secara langsung menerusi saluran media rasmi, televisyen tempatan dan platform dalam talian.

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan memeriksa barisan pasukan Kawalan Kehormat Utama daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Sungai Besi pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15, hari ini. Foto Bernama

Berdasarkan takwim di laman rasmi Parlimen, persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari dengan tumpuan utama ialah perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja oleh Ahli-Ahli Parlimen yang dijadual bermula esok hingga 29 Januari, diikuti jawapan daripada kementerian berkaitan selama empat hari bermula 4 Februari.

Takwim itu turut menyenaraikan sesi pembentangan rang undang-undang (RUU) dan urusan kerajaan yang lain akan berlangsung selama lapan hari bermula 11 Februari hingga 3 Mac.

Menurut takwim berkenaan, Parlimen tidak bersidang pada 2 dan 3 Februari berikutan sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Thaipusam, serta pada 16 hingga 19 Februari susulan sambutan Tahun Baharu Cina dan awal Ramadan pada minggu itu.

Persidangan Dewan Negara pula akan berlangsung selama 13 hari bermula 23 Februari.

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: MetMalaysia keluarkan Nasihat Ribut Tropika NOKAEN
Next: Langkah perluas rangkaian runcit SARA bantu penerima, PKS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.