Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Roket bulan baharu NASA dipindahkan ke pad pelancaran untuk misi angkasawan
  • GLOBAL

Roket bulan baharu NASA dipindahkan ke pad pelancaran untuk misi angkasawan

Utusan Sarawak 7 hours ago
ROKET Artemis II milik NASA berhampiran Pad Pelancaran 39B selepas meninggalkan Bangunan Pemasangan Kenderaan di Pusat Angkasa Kennedy milik NASA pada 17 Januari 2026 di Cape Canaveral, Florida. Roket bersepadu Sistem Pelancaran Angkasa (SLS) dan kapal angkasa Orion bagi misi Artemis II sedang dipindahkan ke Pad Pelancaran 39B sebagai persiapan menjelang misi selama 10 hari pada Februari 2026, yang akan membawa kru mengelilingi Bulan dan kembali ke Bumi. Foto AFP

WASHINGTON: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan permulaan proses pemindahan roket gergasi baharunya ke pad pelancaran di Pusat Angkasa Kennedy, sebagai persediaan untuk misi berisiko tinggi yang dijadualkan pada awal Februari bertujuan menghantar angkasawan mengelilingi Bulan dan kembali ke Bumi.

Ia bakal menjadi penerbangan lunar bermanusia pertama seumpamanya dalam tempoh lebih 50 tahun, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

Roket setinggi 98 meter itu memulakan perjalanannya dengan kelajuan sekitar satu batu sejam dari Bangunan Pemasangan Kenderaan di Pusat Angkasa Kennedy pada waktu subuh. Proses membawa keluar roket ke pad pelancaran yang melibatkan jarak sekitar enam kilometer itu dijangka berterusan sepanjang malam.

Proses tersebut menandakan ujian kedua Sistem Pelancaran Angkasa (SLS) dan yang pertama membawa kru. Empat angkasawan akan tinggal di dalam kapsul Orion, mereka akan menguji sistem sokongan hayat dan komunikasi, serta menjalankan latihan gerakan di angkasa lepas.

SLS merupakan roket paling berkuasa yang pernah dibina oleh NASA setakat ini, menghasilkan hampir 15 peratus lebih tujahan semasa pelancaran berbanding roket Saturn V yang digunakan pada 1960-an.

Misi ini adalah sebahagian daripada program Artemis, satu usaha bernilai berbilion dolar yang menyusuli ujian penerbangan tanpa manusia pada 2022 dan menyediakan landasan untuk Artemis 3, yang bertujuan mendaratkan angkasawan berhampiran kutub selatan Bulan secepat mungkin serta membina pangkalan lunar yang mampan sebagai titik pelancaran masa hadapan untuk misi ke Marikh.- Bernama-WAM

Continue Reading

Previous: Serpihan dipercayai milik ATR 42-500 yang hilang ditemukan di Bukit Bulusaraung – SAR
Next: Kanak-kanak lelaki 12 tahun digigit jerung di pantai Sydney Harbour

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.