Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JPJ Betong periksa 84 kenderaan dalam Ops Gempur, kesan pelbagai pelanggaran undang-undang
  • TEMPATAN

JPJ Betong periksa 84 kenderaan dalam Ops Gempur, kesan pelbagai pelanggaran undang-undang

Utusan Sarawak 6 hours ago
PELAKSANAAN Ops Harian dan Ops Gempur Kenderaan Perdagangan yang dijalankan di sekitar Bandar Betong serta Lebuh Raya Pan Borneo, semalam. Foto JPJ Negeri Sarawak

BETONG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Betong mempergiat usaha memastikan keselamatan jalan raya menerusi pelaksanaan Ops Harian dan Ops Gempur Kenderaan Perdagangan yang dijalankan di sekitar Bandar Betong serta Lebuh Raya Pan Borneo, di sini semalam.

Operasi yang dilaksanakan secara rondaan dan pemantauan itu bertujuan meningkatkan tahap pematuhan pemandu, khususnya dalam kalangan pemandu kenderaan perdagangan, terhadap peruntukan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut kenyataan media JPJ Sarawak, sebanyak 84 kenderaan melibatkan kategori perdagangan dan persendirian telah diperiksa sepanjang tempoh operasi berkenaan. 

 PELAKSANAAN Ops Harian dan Ops Gempur Kenderaan Perdagangan yang dijalankan di sekitar Bandar Betong serta Lebuh Raya Pan Borneo, semalam. Foto JPJ Negeri Sarawak

Hasil pemeriksaan mendapati masih terdapat beberapa kesalahan kritikal dilakukan oleh pengguna jalan raya, termasuk pemandu yang tidak memiliki lesen memandu yang sah, cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh, serta kenderaan yang tidak dilindungi insurans.

Selain itu, pihak berkuasa turut mengesan pelbagai kesalahan teknikal melibatkan spesifikasi dan keadaan fizikal kenderaan yang tidak mematuhi piawaian keselamatan ditetapkan. 

Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan tegas telah diambil terhadap mana-mana pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan semasa pemeriksaan dijalankan.

JPJ Sarawak menegaskan komitmen untuk meneruskan aktiviti penguatkuasaan secara berterusan sebagai langkah pencegahan bagi meminimumkan risiko kemalangan, khususnya di laluan utama seperti Lebuh Raya Pan Borneo.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa memastikan lesen memandu dan cukai jalan berada dalam tempoh sah, perlindungan insurans sentiasa aktif serta keadaan teknikal kenderaan berada pada tahap selamat sebelum memulakan perjalanan.

Langkah berkenaan penting bagi menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya, selain menyokong usaha kerajaan dalam mewujudkan persekitaran trafik yang lebih selamat dan teratur di seluruh negara.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah nikmati pengalaman membeli-belah di Emart Batu Kawa
Next: Eksklusif: Bawang Merah Borneo jadi tumpuan, dipercayai bantu kesihatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.