Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 10 individu ditahan, bas disita Ops Serkap di Lebuh Raya Pan Borneo Sri Aman-Sarikei
  • JENAYAH

10 individu ditahan, bas disita Ops Serkap di Lebuh Raya Pan Borneo Sri Aman-Sarikei

Utusan Sarawak 4 hours ago
DITAHAN… Ops Serkap yang dijalankan di Lebuh Raya Pan Borneo melibatkan laluan Sri Aman–Sarikei awal pagi tadi. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

SRI AMAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak menahan 10 individu termasuk dua warga tempatan dalam satu operasi khas dikenali sebagai Ops Serkap yang dijalankan di Lebuh Raya Pan Borneo melibatkan laluan Sri Aman–Sarikei awal pagi tadi.

Menurut kenyataan JIM Sarawak, operasi berkenaan bermula sekitar 5.05 pagi dan dikendalikan oleh Pasukan Tindakan Khas JIM dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching serta Sri Aman sebagai sebahagian daripada usaha membanteras pelanggaran undang-undang imigresen di negeri ini.

Dalam operasi pemeriksaan mengejut itu, seramai 38 individu telah diperiksa bagi memastikan pematuhan syarat kemasukan dan keberadaan di negara ini, melibatkan 36 warga asing serta dua warganegara.

DITAHAN… Ops Serkap yang dijalankan di Lebuh Raya Pan Borneo melibatkan laluan Sri Aman–Sarikei awal pagi tadi. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

Pemeriksaan rapi yang dijalankan mendapati terdapat pelbagai pelanggaran undang-undang imigresen.

Hasil operasi tersebut, seramai 10 individu telah ditahan untuk siasatan lanjut atas kesalahan berkaitan imigresen. 

Pihak berkuasa turut menyita bas yang dipercayai digunakan dalam aktiviti berkenaan serta merampas wang tunai berjumlah RM7,280 yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes yang sedang disiasat.

Kesemua individu yang ditahan kini disiasat di bawah Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport berkaitan pemilikan atau penyalahgunaan dokumen perjalanan, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan serta Seksyen 6(1)(c) akta sama kerana memasuki negara tanpa pas atau permit yang sah.

DITAHAN… Ops Serkap yang dijalankan di Lebuh Raya Pan Borneo melibatkan laluan Sri Aman–Sarikei awal pagi tadi. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

JIM Sarawak menegaskan bahawa pihaknya akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan keselamatan, ketenteraman awam serta pematuhan terhadap undang-undang imigresen negara sentiasa terpelihara.

Operasi yang melibatkan seramai 15 anggota penguat kuasa itu berakhir sepenuhnya pada 5.45 pagi.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua lelaki ditahan, dua kes curi motosikal berjaya diselesaikan di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.