Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Mayat terapung dikenal pasti mangsa terjatuh dari kapal di Sibu
  • KEMALANGAN

Mayat terapung dikenal pasti mangsa terjatuh dari kapal di Sibu

Utusan Sarawak 4 hours ago
PIHAK polis mengangkat mayat lelaki warganegara Indonesia yang ditemui di Sungai Lepah, semalam. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Penemuan mayat seorang lelaki yang terapung di Sungai Lepah membawa kepada pengesahan identiti mangsa sebagai seorang warganegara Indonesia yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari sebuah kapal di Sibu.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong menerima panggilan telefon berhubung penemuan mayat tersebut daripada seorang penduduk Rumah Dadat pada kira-kira 9.55 pagi semalam.

“Pengadu memaklumkan bahawa ketika sedang memasang pukat di Sungai Lepah, dia telah menemui mayat lelaki terapung.

“Bertindak atas maklumat diterima, sepasukan anggota polis dari IPD Meradong telah digerakkan ke lokasi kejadian dan dengan bantuan penduduk Rumah Dadat, mayat tersebut berjaya dibawa naik ke daratan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, mayat lelaki tersebut kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Sarikei bagi tujuan dokumentasi serta pemeriksaan lanjut oleh pihak perubatan.

“Hasil pemeriksaan awal ke atas tubuh badan mangsa mendapati tiada sebarang kesan kecederaan fizikal dan tiada tanda suntikan BCG dikesan.

“Proses pengecaman telah dilakukan oleh rakan sekerja mangsa dari Sibu yang mengesahkan bahawa si mati merupakan seorang lelaki warganegara Indonesia yang sebelum ini dilaporkan terjatuh dari sebuah kapal, berdasarkan laporan polis Ulu Lanang Rpt: 165/2026,” katanya.

Tambahnya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut (SDR) dan disiasat oleh Timbalan Ketua Polis Balai Bintangor, Sarjan Mujok Seli.

“Sebarang pertanyaan lanjut, boleh diajukan kepada beliau di talian 084-693222,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Dua cedera, seorang parah dalam kemalangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.