Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SADA perkukuh prosedur pertapakan projek di Sri Aman
  • Tengah
  • WILAYAH

SADA perkukuh prosedur pertapakan projek di Sri Aman

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATO’ Sri Rohani Abdul Karim semasa hadir pada Taklimat Prosedur Permohonan Pertapakan Projek SADA di Bilik Mesyuarat Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, semalam. Foto SADA

PETRA JAYA: Agensi Pembangunan Bahagian Sri Aman (SADA) menegaskan komitmen dalam memastikan setiap projek pembangunan di bawah seliaannya berjalan lancar dengan memperkukuh pemahaman berkaitan prosedur permohonan pertapakan dan hal ehwal pengambilan tanah.

Pengerusi SADA, Dato’ Sri Rohani Abdul Karim berkata penganjuran Sesi Taklimat Prosedur Permohonan Pertapakan bersama Jabatan Tanah dan Survei Sarawak adalah langkah strategik untuk meningkatkan tadbir urus serta penyelarasan antara agensi pelaksana.

Menurut beliau, inisiatif ini selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu SADA Bilangan 3 Tahun 2025, yang menekankan kepentingan pemahaman yang jelas dan terkini bagi mengelakkan sebarang kekangan teknikal di lapangan.

“Isu berkaitan permohonan pertapakan bukan sahaja menjadi cabaran kepada SADA, malah turut dihadapi oleh pelbagai agensi lain yang terlibat dalam pembangunan fizikal. 

“Ia memerlukan pendekatan menyeluruh melalui perkongsian maklumat dan penyelarasan proses yang tepat,” katanya semasa hadir pada sesi taklimat di Bilik Mesyuarat Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, semalam.

Beliau menekankan bahawa urusan pertapakan merupakan komponen asas yang kritikal, di mana sebarang ketidakjelasan dalam prosedur atau dokumentasi berisiko menjejaskan tempoh pemprosesan dan jadual pelaksanaan projek secara keseluruhan.

Sesi taklimat itu dijadikan platform perbincangan terbuka bagi membolehkan agensi pelaksana membangkitkan persoalan serta kekeliruan teknikal terus kepada pihak Jabatan Tanah dan Survei. 

Rohani berharap komunikasi dua hala ini dapat membina kefahaman bersama dan memastikan proses kerja lebih lancar, cekap, dan tersusun.

“Usaha ini penting bagi memastikan setiap projek yang dirancang dapat dilaksanakan tanpa gangguan isu-isu berulang, sekali gus mempercepatkan penyampaian perkhidmatan kepada komuniti di Bahagian Sri Aman,” tambah beliau.

Pengerusi SADA itu juga meletakkan harapan tinggi agar tahun ini menjadi tempoh lebih produktif untuk semua pihak yang terlibat, dengan lebih banyak projek pembangunan SADA memulakan fasa pelaksanaan mengikut perancangan.

Kerjasama erat antara SADA dan semua agensi pelaksana dilihat sebagai kunci utama untuk merealisasikan hasrat kerajaan meningkatkan kesejahteraan dan keselesaan penduduk melalui pembangunan infrastruktur yang lebih sistematik dan efisien.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kraf tangan tempatan jadi pemacu ekonomi luar bandar Parlimen Julau
Next: Projek RTP siap awal, tingkat sistem saliran di Rumah Empin Baong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.