Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 63 warga asing ditahan Ops Mahir di Kuching
  • JENAYAH

63 warga asing ditahan Ops Mahir di Kuching

Utusan Sarawak 4 hours ago
 DITAHAN… Seramai 63 warga asing berjaya ditahan dalam Ops Mahir yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching di dua tapak pembinaan sekitar kawasan Padungan, Kuching, hari ini. Foto Jabatan Imigresen

KUCHING: Seramai 63 warga asing berjaya ditahan dalam Ops Mahir yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching di dua tapak pembinaan sekitar kawasan Padungan, di sini, hari ini.

Operasi ini dilaksanakan bagi membanteras kehadiran warga asing yang melanggar undang-undang imigresen.

Sepanjang operasi, pegawai penguatkuasa telah menjalankan pemeriksaan dan penggeledahan menyeluruh di setiap ruang tapak pembinaan bagi mengesan warga asing yang cuba bersembunyi atau mengelak daripada ditangkap.

DITAHAN… Seramai 63 warga asing berjaya ditahan dalam Ops Mahir yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching di dua tapak pembinaan sekitar kawasan Padungan, Kuching, hari ini. Foto Jabatan Imigresen

Kesemua warga asing yang ditahan telah dibawa ke Pejabat Imigresen untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang imigresen yang berkuat kuasa.

Jabatan Imigresen menegaskan komitmen berterusan dalam mempergiatkan operasi penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan undang-undang serta keselamatan dan kesejahteraan negara sentiasa terpelihara.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: JPJ periksa 91 kenderaan dalam OKIM dan BTS di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.