Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kursi Datuk Amar Juma’ani pacu kepimpinan wanita Sarawak
  • TEMPATAN

Kursi Datuk Amar Juma’ani pacu kepimpinan wanita Sarawak

Utusan Sarawak 6 hours ago
RAKAMAN gambar kenangan bersama Dato Sri Fatimah Abdullah dan barisan ahli Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak pada sidang media Mesyuarat Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak di Wisma Wanita, hari ini. Foto Shikin Mahmud

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak menubuhkan Kursi Datuk Amar Juma’ani sebagai platform strategik untuk memperkasa kepimpinan wanita melalui penyelidikan, pendidikan dan latihan kemahiran secara berimpak tinggi serta mampan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti merangkap Pengerusi Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, berkata penubuhan kursi berkenaan telah diluluskan oleh Kabinet Negeri pada 21 Ogos 2025 dengan peruntukan RM5 juta secara sekali bayar.

Menurut beliau, kursi itu berperanan menjalankan penyelidikan mendalam berkaitan isu kepimpinan wanita di samping membangunkan serta melaksanakan program bersasar bagi meningkatkan keupayaan, kompetensi dan penyertaan wanita dalam kepimpinan.

BERUCAP… Dato Sri Fatimah Abdullah pada sidang media Mesyuarat Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak di Wisma Wanita, hari ini. Foto Shikin Mahmud

“Kursi Datuk Amar Juma’ani mempunyai dua objektif utama iaitu memperkasakan wanita melalui pelbagai program pembangunan kapasiti serta memperkukuh latihan kepimpinan wanita,” katanya pada sidang media Mesyuarat Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak di Wisma Wanita, di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, semua program yang dirangka di bawah kursi berkenaan akan berteraskan pendekatan berasaskan bukti dan penyelidikan, berorientasikan hasil serta memberi impak tinggi kepada kesejahteraan wanita Sarawak.

Tambah beliau, pelaksanaan kursi tersebut akan dilaksanakan secara kolaboratif bersama rakan strategik termasuk Institut Kepimpinan Perkhidmatan Awam Sarawak, Pusat Kecemerlangan Prestasi Sarawak, Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS), agensi pembangunan ekonomi serta institusi berkaitan lain.

Katanya, pendekatan kolaboratif itu penting bagi memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan bukan sahaja mampan, malah mampu memberi nilai tambah kepada pembangunan kepimpinan wanita di peringkat negeri, nasional dan antarabangsa.

Shikin Mahmud

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Gangguan bekalan air tidak berjadual di Asajaya hingga awal pagi esok
Next: Video muzik Tahun Baharu Cina MBKS 2026 lambang perpaduan masyarakat Kuching Selatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.