Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Pembantu tadbir sekolah hadapi 24 pertuduhan pecah amanah lebih RM134,000 di Kapit
  • MAHKAMAH

Pembantu tadbir sekolah hadapi 24 pertuduhan pecah amanah lebih RM134,000 di Kapit

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan.

KAPIT: Seorang pembantu tadbir wanita sebuah sekolah di Sungai Sut, Balleh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 24 pertuduhan pecah amanah membabitkan wang milik sekolah berjumlah RM134,582.20.

Tertuduh berusia 33 tahun itu membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan di hadapan hakim Musyiri Peet, yang kemudiannya menetapkan 2 Mac ini sebagai tarikh pengurusan kes.

Mahkamah turut membenarkan tertuduh bebas dengan ikat jamin sebanyak RM10,000 dan RM8,000 dalam bentuk deposit tetap, dengan dua orang penjamin yang mempunyai alamat tetap bagi kesemua pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan pecah amanah di sebuah sekolah rendah di Sungai Sut, Balleh, Kapit antara 14 Julai 2023 hingga 4 Januari 2024, membabitkan wang milik sekolah berjumlah RM134,582.20.

Bagaimanapun wang tersebut telah digunakan oleh tertuduh untuk kegunaan pribadi. 

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 14 tahun dan dengan sebatan dan juga denda.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Cynthia Emmelda Jerry sementara tertuduh tidak diwakili.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Tuduhan rasuah RM2.8 juta: Bung Moktar dilepaskan, kes Zizie Izette diteruskan
Next: Kes tikam pelajar: Laporan psikiatri sahkan remaja lelaki layak dibicarakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.