Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Tiga biasiswa sarjana kepimpinan ASEAN ditawar kepada wanita Sarawak
  • PENDIDIKAN

Tiga biasiswa sarjana kepimpinan ASEAN ditawar kepada wanita Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago
SIDANG MEDIA… Dato Sri Fatimah (tengah) pada sidang media Mesyuarat Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak di Wisma Wanita, hari ini.

PETRA JAYA: Seramai tiga wanita Sarawak yang berkelayakan akan ditawarkan biasiswa setiap tahun bagi mengikuti pengajian Sarjana Sastera dalam Pembangunan Kepimpinan di Kolej Universiti Kepimpinan Wanita ASEAN, Pulau Pinang, bermula Februari 2026.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti yang juga Pengerusi Majlis Wanita dan Keluarga, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pengambilan pertama melibatkan pengajian sepenuh masa selama setahun di institusi berkenaan yang memfokuskan pembangunan kepimpinan wanita di peringkat serantau.

“Biasiswa ini bertujuan melahirkan pemimpin wanita berwibawa yang mampu menyumbang secara signifikan kepada pembangunan masyarakat dan negeri,” katanya.

Menurut beliau, permohonan bagi pengambilan seterusnya pada 2027 akan dibuka melalui laman sesawang rasmi Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak, dengan pemilihan dibuat oleh panel khas berdasarkan permohonan yang diterima dan kelayakan.

Dalam pada itu, beliau berkata antara fokus utama 2026 ialah pelaksanaan program berasaskan bukti dan penyelidikan, memperkukuh agenda Kepelbagaian, Kesaksamaan, Keadilan dan Keterangkuman (D2EI), keusahawanan wanita, penerbitan buku wanita serta pelaksanaan program baharu Hidmat Bantuan Guaman secara kerjasama antara agensi.

“Semua program yang dirancang mesti berteraskan impak, berasaskan hasil (outcome-based) dan bersifat mampan agar benar-benar memberi manfaat kepada kumpulan sasar wanita dan keluarga Sarawak,” katanya.

Tambahnya, inisiatif tersebut selaras dengan agenda pemerkasaan wanita Sarawak melalui pendidikan tinggi, pembangunan kepimpinan dan jaringan kerjasama di peringkat nasional serta antarabangsa.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Perasmian Tadika Kemas Taman Sri Permai perkukuh pendidikan awal kanak-kanak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.