Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Klinik Kesihatan Serian, Siburan dirasmikan akses kesihatan lebih menyeluruh
  • KESIHATAN

Klinik Kesihatan Serian, Siburan dirasmikan akses kesihatan lebih menyeluruh

Utusan Sarawak 5 hours ago
MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad merasmikan Klinik Kesihatan Serian dan Klinik Kesihatan Siburan, hari ini. Foto UKAS

SIBURAN: Kerajaan terus memperkukuh sistem penjagaan kesihatan primer negara dengan perasmian Klinik Kesihatan Serian dan Klinik Kesihatan Siburan, hari ini.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Majlis berkenaan menandakan satu pencapaian penting dalam usaha memperluas akses perkhidmatan kesihatan berkualiti, khususnya kepada penduduk luar bandar dan kawasan membangun di Sarawak.

Pembinaan klinik kesihatan ini melambangkan iltizam kerajaan bahawa kesihatan merupakan satu amanah dan hak setiap rakyat tanpa mengira lokasi geografi.

Kedua-dua Klinik Kesihatan Jenis 3 itu direka sebagai Pusat Sehenti moden yang mampu menampung sehingga 500 pesakit sehari, sekali gus membantu mengurangkan kesesakan di hospital utama.

MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad merasmikan Klinik Kesihatan Serian dan Klinik Kesihatan Siburan, hari ini. Foto UKAS

Klinik Kesihatan Serian kini berfungsi sebagai hab utama yang menyatukan pelbagai perkhidmatan kesihatan di bawah satu bumbung termasuk kemudahan X-Ray, makmal perubatan dan perkhidmatan rehabilitasi.

Sementara itu, Klinik Kesihatan Siburan pula menyediakan perkhidmatan nilai tambah seperti Pusat Sehenti Rawatan Ketagihan (OSCA) serta penjagaan paliatif dan domisiliari, sejajar dengan evolusi penjagaan kesihatan primer ke arah pendekatan yang lebih holistik dan berfokuskan komuniti.

Klinik Kesihatan Serian dibangunkan dengan kos kira-kira RM23.9 juta melibatkan keluasan bangunan sekitar 2,790 meter persegi dan direka bagi menampung antara 300 hingga 500 pesakit sehari, dengan liputan perkhidmatan kepada lebih 85,000 penduduk Daerah Serian.

Klinik Kesihatan Siburan pula melibatkan kos pembangunan sekitar RM28.7 juta dengan kapasiti perkhidmatan yang setara dan dijangka memberi manfaat kepada hampir 81,000 penduduk di kawasan sekitarnya.

Majlis perasmian tersebut turut dihadiri Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Kesihatan Awam dan Perumahan) Datuk Michael Tiang Ming Tee dan tetamu kehormat lain.

-UKAS

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: KKM tekad hapus rekod manual, perkukuh pendigitalan kesihatan
Next: Tun Wan Junaidi tekankan pembangunan infrastruktur kesihatan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.