Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Maklumat SKAS 2026 yang tular di media sosial adalah palsu
  • TEMPATAN

Maklumat SKAS 2026 yang tular di media sosial adalah palsu

Utusan Sarawak 4 weeks ago
ORANG ramai diminta berwaspada terhadap sebarang maklumat berkaitan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 yang tular di media sosial kerana ia adalah palsu dan tidak benar.

KUCHING: Orang ramai diminta berwaspada terhadap sebarang maklumat berkaitan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 yang tular di media sosial kerana ia adalah palsu dan tidak benar.

Menurut kenyataan rasmi, semakan penerima SKAS 2026 masih belum dibuka dan sebarang dakwaan kononnya proses pendaftaran atau pengkreditan bantuan telah bermula adalah tidak sah.

Kerajaan Sarawak turut menegaskan bahawa tiada sebarang akaun media sosial rasmi SKAS pernah diwujudkan setakat ini.

“Sebarang maklumat yang disebarkan melalui media sosial berkaitan SKAS 2026 adalah palsu dan tidak benar,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai atau berkongsi maklumat yang tidak disahkan, termasuk pautan atau hantaran mencurigakan yang menggunakan nama SKAS.

Semua pengumuman rasmi berkaitan pelaksanaan SKAS 2026 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi saluran rasmi Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Oleh Shahrul Qaizat 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Perjalanan Kuching–Betong dijangka hanya satu jam 20 minit apabila jalan baharu siap
Next: Cadangan susun semula Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 wajar dipertimbangkan sebagai penambahbaikan – Dr Dzulkefly

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.