Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Angin luruan monsun China punca suhu sejuk beberapa kawasan di Malaysia – MetMalaysia
  • NASIONAL

Angin luruan monsun China punca suhu sejuk beberapa kawasan di Malaysia – MetMalaysia

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan

KUALA LUMPUR: Angin sejuk luruan monsun dari Tanah Besar China dikenal pasti sebagai punca suhu di beberapa kawasan di Malaysia menurun sehingga merekodkan 18 darjah Celsius sejak beberapa hari lepas.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata berdasarkan data, suhu minimum di kebanyakan tempat seluruh negara lebih rendah daripada kebiasaan, iaitu menurun antara tiga hingga lima darjah Celsius pada 10 Januari hingga semalam.

Beliau berkata keadaan suhu sama dijangka berulang pada 19 hingga 21 Januari, bergantung kepada pola angin luruan.

“Pagi tadi suhu sudah kembali normal. Bukan di Dungun, Terengganu sahaja tetapi banyak tempat seperti di kawasan pedalaman Dabong dan Gua Musang, masing-masing di Kelantan turut merekodkan suhu 18 darjah Celsius,” katanya kepada Bernama.

“Memang normal sekarang ini suhu di negara ini sejuk sedikit sebab anginnya yang datang dari kawasan sejuk,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata suhu rendah itu kebanyakannya berlaku pada awal pagi dan orang ramai tidak perlu terlalu bimbang dengan keadaan berkenaan.

Terdahulu, tinjauan Bernama mendapati penduduk di daerah Dungun, terutama di kawasan luar bandar merasai suhu agak luar biasa pada waktu pagi sejak Ahad lepas.

Suhu sejuk antara 18 hingga 20 darjah Celsius itu memaksa penduduk memakai jaket tebal.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan berhak tarik balik bantuan jika kemuka maklumat tidak tepat – Kementerian Kewangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.