Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Indonesia henti pengedaran, gantung sementara import susu formula Nestle 
  • GLOBAL

Indonesia henti pengedaran, gantung sementara import susu formula Nestle 

Utusan Sarawak 7 hours ago
GAMBAR hiasan

JAKARTA: Indonesia telah menghentikan pengedaran dan menggantung sementara pengimportan susu formula bayi ‘S-26 Promil Gold pHPro 1’ Nestle berikutan potensi pencemaran cereulide toksin yang boleh menyebabkan muntah dan cirit-birit serius.

Badan Pengawas Ubat dan Makanan (BPOM) Indonesia memaklumkan arahan dikeluarkan kepada Nestle Indonesia dan syarikat itu secara sukarela menarik balik semua produk susu formula bayi dengan kumpulan terjejas daripada pasaran di bawah pengawasan BPOM.​​​​

”Sehingga notis ini dikeluarkan, tiada laporan kes di Indonesia berkaitan penggunaan susu formula bayi,” menurut agensi itu dalam kenyataan hari ini.

Nestle mengeluarkan arahan global menarik balik produk nutrisi bayi mereka atas kebimbangan mengandungi toksin yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

BPOM turut menasihati pengguna supaya segera menghentikan penggunaan produk bernombor 51530017C2 dan 51540017A dan mengembalikannya ke tempat pembelian atau menghubungi perkhidmatan pengguna Nestle Indonesia untuk proses pemulangan atau pertukaran.

Menurut agensi itu, pengguna bagaimanapun tidak perlu bimbang menggunakan produk Nestle lain, termasuk S-26 Promil Gold pHPro 1 dengan nombor kelompok selain yang dinyatakan.

BPOM memaklumkan agensi itu akan terus menjalankan pengawasan sebelum dan selepas pasaran serta menyelaras bersama pihak berkuasa kawal selia ubat dan makanan lain untuk memastikan produk makanan di pasaran memenuhi piawaian keselamatan, kualiti dan pemakanan.

Sementara itu, Nestle Indonesia dalam kenyataan mengesahkan bahawa fasiliti pembuatan tempatannya tidak terjejas oleh isu tersebut dan semua produk yang dikeluarkan di Indonesia kekal selamat.

Syarikat itu memaklumkan bahawa semua produk import yang dijual oleh Nestle Indonesia terus memenuhi semua keperluan keselamatan dan kualiti Indonesia, yang juga telah disahkan menerusi ujian menyeluruh.- Bernama

Continue Reading

Previous: Penerbangan EY416 bagi laluan Abu Dhabi–Phuket alami turbulens, beberapa penumpang cedera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.