Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Uggah jelaskan isu bantuan, pemindahan ditentukan faktor keselamatan
  • TEMPATAN

Uggah jelaskan isu bantuan, pemindahan ditentukan faktor keselamatan

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas pada sidang media sempena lawatan Premier ke PPS mangsa banjir di Bintulu.

BINTULU: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menjelaskan bahawa tiada dasar atau pengumuman rasmi dikeluarkan oleh kerajaan negeri yang menyatakan mangsa banjir yang enggan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akan dinafikan bantuan wang ihsan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata, penekanan utama kerajaan ketika berlakunya bencana adalah aspek keselamatan nyawa, khususnya di kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi.

Menurut beliau, arahan pemindahan dibuat berdasarkan keadaan sebenar di lapangan apabila paras air didapati meningkat ke tahap membahayakan.

“Apabila situasi sudah berisiko, pemindahan perlu dilaksanakan.

“Keutamaan kita adalah menyelamatkan nyawa, bukan soal bantuan,” katanya pada sidang media sempena lawatan Premier Sarawak ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir di Bintulu, hari ini.

Uggah berkata, di beberapa kawasan termasuk Sebauh, keadaan banjir amat serius apabila terdapat rumah panjang yang hampir sepenuhnya ditenggelami air, sekali gus tidak membenarkan penduduk terus berada di kediaman masing-masing.

“Keadaan ini sama seperti yang pernah berlaku di Kuching sebelum ini, apabila mangsa tetap diarahkan berpindah walaupun pada awalnya enggan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan negeri masih meneliti secara berhemah situasi melibatkan penduduk yang memilih untuk kekal sementara bagi menjaga rumah dan harta benda.

Katanya, dalam keadaan tertentu, hanya beberapa individu dibenarkan tinggal sementara di rumah panjang dengan pertimbangan dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat bahagian.

“Rumah panjang yang ditinggalkan pula akan dipantau dengan kerjasama pihak polis bagi memastikan keselamatan dan mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.

Uggah menegaskan sebarang keputusan berkaitan pemindahan dan bantuan tidak dibuat secara umum atau automatik, sebaliknya berdasarkan penilaian keadaan sebenar dengan mengambil kira keselamatan dan kebajikan mangsa banjir.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Persediaan awal bantu kebajikan mangsa banjir di Bintulu terkawal
Next: Wanita ditemukan maut bersama suami disifatkan seorang ceria, peramah – Rakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.