Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 626 pelajar SMK Julau No.2 sertai ceramah keselamatan kebakaran
  • Tengah
  • WILAYAH

626 pelajar SMK Julau No.2 sertai ceramah keselamatan kebakaran

Utusan Sarawak 7 hours ago
PELAJAR belajar teknik CPR bersama pihak bomba. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Seramai 626 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau No.2 menerima pendedahan awal berkaitan keselamatan kebakaran dan tindakan kecemasan, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata program tersebut bertujuan meningkatkan tahap kesedaran pelajar terhadap risiko kebakaran dan langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Dua orang anggota bomba bertugas hadir bagi mengendalikan program yang bermula dari 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.

ANTARA pelajar yang mengikuti program ceramah kesedaran kebakaran dan tindakan kecemasan, semalam. Foto BBP Bintangor

“Pendedahan awal kepada pelajar amat penting supaya mereka memahami bahaya kebakaran dan tahu tindakan asas yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan di sekolah atau di rumah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, selain ceramah keselamatan kebakaran, pengisian program turut merangkumi perkongsian berkaitan langkah menangani haiwan dan serangga berbisa serta pengenalan kepada teknik bantuan kecemasan seperti resusitasi kardiopulmonari (CPR).

“Pengetahuan ini bukan sahaja berguna di persekitaran sekolah, malah boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian bagi melindungi diri dan orang lain.

“Alhamdulillah, program berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PMR 2025 perkukuh kemudahan asas luar bandar di Bintangor
Next: Warga emas tersangkut di pokok diselamatkan JBPM Batu Niah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.