Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Unit Risikan Marin PPM Wilayah 5 bongkar gudang, rampas barang kawalan RM1.4 juta di Bau
  • JENAYAH

Unit Risikan Marin PPM Wilayah 5 bongkar gudang, rampas barang kawalan RM1.4 juta di Bau

Utusan Sarawak 1 month ago
SIDANG media PPM Wilayah 5 bongkar gudang, rampas barang kawalan RM1.4 juta di Bau. 

KUCHING: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak berjaya menahan enam individu tempatan serta merampas pelbagai barang kawalan dan hasil hutan tanpa dokumen sah bernilai kira-kira RM1.4 juta dalam satu serbuan di sebuah premis yang dipercayai dijadikan gudang di Bau, awal pagi kelmarin.

Komander PPM Wilayah 5 Sarawak dalam kenyataan media yang disampaikan oleh Timbalan Komander, Superintendan Rusdin Banin berkata, serbuan tersebut dijalankan kira-kira 3.00 pagi pada 12 Januari 2026 hasil maklumat risikan ketika Op Bersepadu Khazanah.

“Sepasukan pegawai kanan dan anggota PPM bersama Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) telah membuat pemeriksaan dan serbuan ke atas enam warga tempatan, terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita, di sebuah premis di Bau.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 1,406 bundel kayu rotan bersama sebuah lori serta 10 kontena berserta treler disyaki dibawa masuk dari Indonesia tanpa sebarang dokumen yang sah.

“Selain itu, pihak berkuasa turut merampas kira-kira 13,450 liter minyak diesel yang disimpan dalam beberapa tangki skid tanpa dokumen pemilikan, 1,200 peket gula kasar Prai seberat satu kilogram, serta 6,150 paket minyak masak satu kilogram yang disimpan di dalam gudang berkenaan tanpa kebenaran sah.

“Pemeriksaan lanjut di lokasi sama juga menemui sebanyak 6,172 keping papan bergeraji pelbagai jenis dan saiz yang disyaki tidak mempunyai dokumen sah,” katanya ketika sidang media, di sini hari ini.

Mengulas lanjut  kesemua suspek dan barang rampasan ditahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 serta Ordinan Perhutanan Sarawak 2015 kerana gagal mengemukakan permit atau kebenaran berkaitan pemilikan barang kawalan tersebut.

“Kesemua suspek dan barang rampasan kemudiannya diserahkan kepada pihak SFC dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Bahagian Kuching untuk siasatan dan tindakan lanjut,” tambahnya.

Sementara itu, Timbalan Pengurus Besar (Konservasi) SFC, Madan Kifle berkata siasatan awal mendapati keenam-enam individu yang ditahan merupakan pekerja di premis berkenaan.

“Berdasarkan siasatan setakat ini, kita percaya ini merupakan satu sindiket yang memindahkan barang dari Indonesia ke Sarawak. 

“Ia boleh dikategorikan sebagai jenayah terancang yang mengambil kesempatan terhadap kelemahan penguatkuasaan undang-undang.

“Kes tersebut merupakan penangkapan ketiga melibatkan aktiviti seumpama itu, namun melibatkan individu yang berbeza,” ujarnya.

PPM Wilayah 5 bersama SFC akan terus menjalankan operasi secara berterusan bagi mengekang aktiviti penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan serta bersubsidi ke negara jiran.

Di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, individu yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara atau denda sehingga RM1 juta atau kedua-duanya, manakala syarikat boleh didenda sehingga RM2 juta atau penjara atau kedua-duanya sekali.

Untuk rekod, bagi tempoh 1 Januari hingga 13 Januari 2026, PPM Wilayah 5 Sarawak telah merekodkan lapan tangkapan dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM1,622,185 menerusi pelbagai operasi di seluruh negeri, selain mengeluarkan 49 saman atas pelbagai kesalahan dengan nilai saman berjumlah RM111,500.

Oleh Masrin Affirah 

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis tahan lelaki terlibat pergaduhan bersenjata di Pasar Medan, Betong
Next: Ops Harian JPJ Serian periksa 120 kenderaan di beberapa jalan utama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.