Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Anwar titip doa buat Sultan Brunei
  • NASIONAL

Anwar titip doa buat Sultan Brunei

Utusan Sarawak 7 hours ago
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Sambutan Rasmi Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. 27 Ogos 2025.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menitipkan doa dan ucapan kesejahteraan buat Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

Menerusi hantaran Facebook, Anwar berkata beliau menerima perkhabaran Sultan Hassanal Bolkiah dijadualkan menjalani rawatan kesihatan dalam masa terdekat.

“Mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Baginda Tuanku dikurniakan keafiatan berpanjangan serta berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

“Semoga Baginda Tuanku kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan,” kata beliau.

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri Brunei semalam, Sultan Hassanal Bolkiah dijadualkan menjalani prosedur pembedahan penggantian sendi lutut kanan pada 18 Januari ini.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kementerian Pengangkutan perluas inisiatif FLYsiswa kepada empat kategori – Loke
Next: Siasatan beberapa kes berprofil tinggi akan disiapkan dalam masa terdekat – Azam Baki

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.