Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tuntutan 1/3 kerusi Parlimen demi lindungi hak Sabah, Sarawak – Abang Johari
  • SEMASA

Tuntutan 1/3 kerusi Parlimen demi lindungi hak Sabah, Sarawak – Abang Johari

Utusan Sarawak 15 hours ago

Abang Johari bercakap ketika sesi Townhall 9 Tahun bersama Premier Sarawak di Pusat Acara Hikmah Exchange, Kuching. 

KUCHING: Tuntutan supaya Sabah dan Sarawak memiliki sekurang-kurangnya satu pertiga kerusi di Dewan Rakyat bukan bertujuan meraih kuasa politik, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sebaliknya kata Premier Sarawak, ia bagi melindungi hak yang telah dipersetujui ketika pembentukan Malaysia pada 1963.

Beliau menegaskan bahawa Malaysia asalnya ditubuhkan oleh empat wilayah iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. 

“Dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), hak Sabah, Sarawak dan Singapura diperuntukkan dan dilindungi sebagai sebahagian daripada asas pembentukan negara.

“Selepas Singapura keluar dari Malaysia pada 1965, kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada Singapura telah diserap ke Semenanjung. Peruntukan tersebut tidak dikongsi semula dengan Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi Townhall 9 Tahun bersama Premier Sarawak di Pusat Acara Hikmah Exchange di sini, hari ini.

Abang Johari menjelaskan, gabungan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak dan Singapura sebelum 1965 melebihi satu pertiga daripada keseluruhan Dewan Rakyat, sekali gus berfungsi sebagai mekanisme perlindungan bagi menghalang pindaan Perlembagaan Persekutuan tanpa persetujuan wilayah-wilayah terbabit.

“Tuntutan satu pertiga ini adalah untuk memastikan apa yang telah dipersetujui tidak boleh diubah sesuka hati. 

“Untuk meminda Perlembagaan, ia memerlukan sokongan dua pertiga Ahli Parlimen,” jelasnya.

Mengulas pandangan bahawa tuntutan tersebut tidak realistik kerana sukar memastikan semua kerusi di Sarawak dan Sabah dimenangi calon tempatan, beliau menegaskan isu tersebut tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menafikan hak perlembagaan.

“Ini bukan soal angka semata-mata atau soal populasi. Dalam sistem demokrasi (ala) Westminster, terdapat kawasan pilihan raya yang kecil dari segi jumlah penduduk tetapi tetap diwakili,” tambahnya.

Beliau turut menegaskan MA63 merupakan dokumen antarabangsa yang didaftarkan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 hanya berlaku selepas proses semakan antarabangsa susulan bantahan beberapa negara jiran ketika itu.

“Malaysia akan menjadi lebih kuat jika perjanjian asalnya dihormati. Apa yang dituntut Sabah dan Sarawak bukanlah lebih daripada yang telah dipersetujui, tetapi keadilan,” katanya.

Kini, Dewan Rakyat mempunyai sejumlah 222 kerusi membabitkan 166 kerusi atau 75 peratus di Semenanjung Malaysia, manakala baki 56 kerusi atau 25 peratus adalah di Borneo iaitu 31 kerusi di Sarawak dan 25 kerusi di Sabah. Maknanya, masih kurang 10 peratus untuk kuota satu pertiga atau 35 peratus.

Oleh MASRIN AFFIRAH

Continue Reading

Previous: Isu Petronas–Petros: Sarawak serah kepada keputusan mahkamah – Abang Johari
Next: Kepimpinan negeri ditentukan rakyat, amanah jadi ukuran utama – Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.