Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tahan lelaki terlibat pergaduhan bersenjata di Pasar Medan, Betong
  • JENAYAH

Polis tahan lelaki terlibat pergaduhan bersenjata di Pasar Medan, Betong

Utusan Sarawak 5 hours ago
RAKAMAN video berdurasi 41 saat yang memaparkan dua lelaki bertelagah menggunakan parang di kawasan Pasar Medan, Betong. Foto: media sosial

BETONG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan melibatkan senjata tajam di kawasan awam yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali Wan Malek, berkata pihaknya membuka kertas siasatan selepas menerima rakaman video berdurasi 41 saat yang memaparkan dua lelaki bertelagah menggunakan parang di kawasan Pasar Medan, Betong.

Bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong menjalankan operasi dan berjaya menahan salah seorang suspek pada sekitar 4.30 petang semalam di tepi Jalan Betong.

Semasa pemeriksaan, polis merampas sebilah parang daripada kenderaan suspek yang berumur 35 tahun itu.

Hasil semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan penyalahgunaan dadah dan ujian saringan air kencing menunjukkan beliau positif dadah jenis Amphetamin/Methamphetamine.

Permohonan reman ke atas suspek telah diluluskan selama empat hari sehingga 17 Januari ini untuk siasatan lanjut.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki senjata berbahaya di tempat awam, dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata berbahaya.

Pihak polis sedang giat mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak memberikan komen atau spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Charles Kiroh di talian 013-6962702.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Dua lelaki tempatan ditahan kes ceroboh di Pujut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.