MIRI : Agensi Peguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Miri sentiasa meletakan asetnya di kawasan perairan dekat Beting Patinggi Ali (BPA) kata Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Fauzi Othman.
Beliau berkata, selain APMM, negara China turut turut menempatkan aset mereka di kawasan perairan yang menjadi pertindihan tuntutan terbabit.
Katanya, sepanjang setiap bulan pihak Maritim Miri dan Maritim Sarawak ada menempatkan kapal di Beting Patinggi Ali.
“Ada juga kapal-kapal dari semenanjung Malaysia hadir ke sana untuk mengawal kedaulatan negara.
“Aset kita memang sentiasa ada ditempatkan di situ, memang tidak dapat dinafikan terdapatnya juga aset dari negara China yang sentiasa ada ditempatkan di sana,” katanya kepada media ketika meghadiri Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil di Lapang Sasar di Jalan Miri Bintulu semalam.
Tambahnya, pada masa ini bahawa pihak Malaysia masih belum ada berhubung dengan pihak China di bahagian sana.
“Cuma yang ada ialah kita sentiasa ada menempatkan aset kita di sana dan begitu juga negara China.
“Tidak ada terdapat negara-negara lain yang terlibat menjalankan aktiviti di sana,” katanya.
Sementara itu, secara keseluruhan kawasan perairan dalam zon Maritim Miri berada pada tahap agak baik dengan kadar pencerobohan turun mendadak.
“Pencerobohan yang berkurangan secara mendadak ini disebabkan terdapat kes tegang baru-baru ini melibatkan nelayan vietnam.
“Kita mengambil tindakkan tegas perihal kejadian pencerobohan nelayan Vietnam dan dalam kejadian baru-baru ini,demi langkah menjaga keselamatan, anggota Maritim terpaksa melepaskan tembakkan kearah nelayan asing terbabit sekali gus menyebabkan dia menemui ajalnya,” katanya Justeru itu, kejadian itu kata Mohd Fauzi, diharapkan akan menjadi iktibar kepada nelayan saing lain tidak masuk dan memceroboh pengairan Malaysia.