Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pertandingan nyanyian Mandarin perkasa bakat seni kanak-kanak di Sarikei
  • Tengah
  • WILAYAH

Pertandingan nyanyian Mandarin perkasa bakat seni kanak-kanak di Sarikei

Utusan Sarawak 8 hours ago
PENGHULU Huang Tiong Kang bergambar bersama peserta dan PPWS Perkumpulan Muhibah. Foto Pusat Khidmat Repok

SARIKEI: Platform mencungkil bakat seni kanak-kanak terus diperkasakan melalui penganjuran pertandingan nyanyian Mandarin untuk kanak-kanak.

Menurut Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, nyanyian bukan sekadar satu bentuk bakat seni, malah merupakan medium penting bagi kanak-kanak mengekspresikan emosi serta membina keyakinan diri sejak usia muda.

“Melalui pertandingan seperti ini, kanak-kanak belajar untuk berani tampil di hadapan khalayak, mengatasi rasa gementar dan menonjolkan potensi diri masing-masing.

“Pendedahan awal kepada aktiviti seni juga membantu memupuk semangat kerjasama, persahabatan dan interaksi positif dalam kalangan kanak-kanak,” kata beliau menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Penghulu Huang Tiong Kang.

Tambahnya, pengalaman berharga yang diperoleh melalui pertandingan seumpama ini akan menjadi kenangan bermakna dalam proses tumbesaran mereka dan menyumbang kepada pembentukan sahsiah yang seimbang.

“Pertandingan ini bukan sahaja menjadi medan memperlihatkan bakat nyanyian, malah berperanan sebagai platform pembangunan sahsiah, keberanian dan disiplin dalam kalangan peserta cilik,” katanya.

Pertandingan tersebut merupakan anjuran Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS), Perkumpulan Muhibah serta sebuah restoran baru-baru ini.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Cabaran Pickleball Sibujaya galakkan gaya hidup sihat
Next: Thristellatea redah banjir demi sesi pendaftaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.