Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Skandal Rasuah ATM: Siasatan tidak terhad kes tertentu – Azam Baki
  • JENAYAH

Skandal Rasuah ATM: Siasatan tidak terhad kes tertentu – Azam Baki

Utusan Sarawak 8 hours ago
KETUA Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, bercakap pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan HELP University di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur, hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Siasatan skandal rasuah melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), merangkumi semakan menyeluruh terhadap prosedur dan sistem dalam Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) dan tidak terhad kepada kes tertentu sahaja, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

Beliau berkata siasatan yang sedang dijalankan, turut mengambil kira kemungkinan wujud kelemahan sistem, prosedur serta isu sedia ada dalam kementerian berkenaan, susulan siasatan berterusan terhadap beberapa pegawai tertinggi ATM.

“Dalam isu perolehan di MINDEF, perkara yang menjadi perhatian masyarakat ialah soal ketelusan dan tadbir urus. Kita tidak boleh hanya melihat kepada kes yang sedang disiasat sekarang, tetapi juga beberapa isu lain yang mungkin telah lama wujud dalam MINDEF,” katanya.

Azam berkata demikian ketika mengulas pertanyaan berhubung dakwaan rasuah melibatkan bekas Panglima Tentera Darat serta beberapa pegawai kanan ATM yang dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, semalam.

Terdahulu, Azam menghadiri dan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara SPRM dan HELP University, di sini hari ini.

Azam berkata siasatan itu menunjukkan isu berkenaan bukan berskala kecil, berdasarkan kedudukan dan pangkat individu yang terlibat.

“Berdasarkan pangkat yang terlibat, isu ini sememangnya besar,” katanya sambil tidak menolak kemungkinan lebih ramai pegawai akan dikenal pasti serta dipanggil bagi membantu siasatan, apabila ia diteruskan.

Dalam pada itu, beliau berkata SPRM akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara berkaitan MINDEF, termasuk isu semasa serta penambahbaikan menyeluruh terhadap prosedur dan peraturan dalaman kementerian berkenaan.

“SPRM akan memberi tumpuan kepada aspek peraturan, prosedur serta isu ketirisan yang menjadi antara kebimbangan utama pihak kami selaku badan penguat kuasa, demi kepentingan rakyat,” katanya.

Azam turut memuji tindakan Mohamed Khaled yang mengumumkan rancangan merombak semula Pelan Antirasuah MINDEF secara menyeluruh tahun ini, sebagai sebahagian daripada usaha memulihkan kepercayaan rakyat serta memperkukuh integriti dan tadbir urus sektor pertahanan negara.- Bernama

Continue Reading

Previous: Tiga lelaki tempatan dicekup operasi dadah di Bau
Next: 52 kenderaan diperiksa dalam operasi harian JPJ Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.