Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Petronas mohon penjelasan mahkamah mengenai kerangka kawal selia petroleum di Sarawak
  • MAHKAMAH

Petronas mohon penjelasan mahkamah mengenai kerangka kawal selia petroleum di Sarawak

Utusan Sarawak 13 hours ago
PETRONAS memfailkan notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan mengenai kerangka kawal selia operasi petroleum di Sarawak. Foto AFP

KUALA LUMPUR: Petronas telah menfailkan notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bertujuan untuk mendapatkan penjelasan mengenai kerangka kawal selia yang terpakai bagi operasi petroleum di Sarawak.

Petronas dalam satu kenyataan hari ini berkata pihak responden yang dinamakan adalah Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak.

“Permohonan berkenaan difailkan dengan tujuan memastikan Petronas terus beroperasi selaras dengan kerangka kawal selia serta amalan tadbir urus yang baik,” kata syarikat minyak nasional itu.

Menurutnya, permohonan tersebut tidak berhasrat untuk mencabar aspirasi pembangunan Sarawak mahupun menghalang peranan yang dimainkan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) dalam sektor tenaga di negeri tersebut.

Keputusan memfailkan usul tersebut dibuat susulan perbincangan serta rundingan yang berjalan semenjak 2024 bersama Petros serta Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak.

“Meskipun terdapat kemajuan yang telah dicapai dalam rundingan komersial dan perkongsian, termasuk pemeteraian Perjanjian Penyelesaian Komersial (CSA) pada 2020, namun masih terdapat perbezaan pendapat berhubung kerangka kawal selia yang terpakai kepada Petronas,” katanya.

Dalam meneliti perkara ini Petronas berharap agar semua pihak akan menghormati proses perundangan serta peranan sistem kehakiman negara.

Petronas juga menggesa semua pihak untuk tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan proses perundangan dan memberi ruang kepada Mahkamah Persekutuan untuk membuat penilaian sewajarnya berkenaan usul yang dikemukakan.

Sementara itu Petronas tetap komited untuk melaksanakan operasinya dengan telus serta penuh tanggungjawab di Sarawak.

“Seluruh operasi akan terus berjalan seperti biasa. Kami akan terus memperkukuhkan hubungan dengan masyarakat dan industri di Sarawak serta bekerjasama ke arah memajukan aspirasi pembangunan negeri dan memelihara kemakmuran Malaysia,” katanya.

Menurutnya, Petronas kekal komited untuk memastikan komunikasi yang telus mengenai operasinya termasuk kegiatan usahasama syarikat.- Bernama

Continue Reading

Previous: Rogol gadis bawah umur: Pemuda didenda penjara 12 tahun, tiga sebatan
Next: Zizie Izette kemuka representasi gugur tiga tuduhan rasuah RM2.8 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.