Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Projek Bas Sekolah Percuma berjaya, Sarawak sasar jadi model pengangkutan pelajar bandar
  • PENDIDIKAN

Projek Bas Sekolah Percuma berjaya, Sarawak sasar jadi model pengangkutan pelajar bandar

Utusan Sarawak 9 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menyempurnakan gimik pelancaran bas sekolah percuma di SJK Chung Hua No 6, Kuching, hari ini. Foto Shahrul Qaizat

KUCHING: Pelaksanaan Program Bas Sekolah Percuma yang diperkenalkan sebagai projek rintis di Kuching oleh Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua No 6 terbukti berkesan apabila berjaya mengurangkan jumlah kenderaan persendirian di sekitar kawasan sekolah selain meningkatkan tahap keselamatan pelajar.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata pendekatan baharu itu melibatkan perkhidmatan bas dari rumah pelajar ke sekolah, dilaksanakan dengan kerjasama wakil rakyat setempat sebagai projek perintis sebelum diperluaskan ke kawasan lain.

Menurut beliau, statistik pemantauan menggunakan sistem penjejakan mendapati berlaku penurunan jumlah kenderaan di laluan sekitar Jalan Setapok yang menempatkan dua sekolah utama, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maong dan SJK Chung Hua No. 6.

“Kita dapati jumlah kenderaan berkurang dan ibubapa semakin yakin dengan keselamatan anak-anak mereka kerana bas ini dilengkapi sistem penjejakan serta peralatan komunikasi yang membolehkan ibubapa dan anak berhubung secara masa nyata,” katanya beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Program Bas Sekolah Percuma dan Kelas Pintar di SJK Chung Hua No. 6, di sini, hari ini.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama dif kehormat yang lain mendengar taklimat berkenaan kelas pintar di SJK Chung Hua No 6, Kuching, hari ini. Foto Shahrul Qaizat

Beliau berkata, penggunaan ‘servis bas pintar’ itu bukan sahaja menjamin keselamatan pelajar, malah memberi kemudahan kepada ibu bapa yang tidak lagi perlu menghantar dan mengambil anak ke sekolah, sekali gus menjimatkan kos harian serta masa.

Abang Johari berkata, pendekatan berasaskan digital itu juga membolehkan ibu bapa memantau pergerakan anak-anak mereka secara langsung, selain menyokong usaha kerajaan negeri ke arah pendigitalan sistem perkhidmatan awam.

Sehubungan itu, kerajaan negeri merancang untuk meluaskan pelaksanaan program berkenaan ke sekolah-sekolah lain, khususnya di kawasan bandar, dengan kerjasama masyarakat setempat dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Beliau menjelaskan, kos penyediaan bas serta operasi perkhidmatan ditanggung oleh kerajaan negeri, manakala peranan Yayasan Sarawak akan terus diperkasa dan ditambah baik, termasuk menangani isu lokasi pengambilan pelajar serta ketepatan masa perkhidmatan.

“Kita lengkapi bas dengan teknologi IT dan sistem masa sebenar supaya ibu bapa tahu jam berapa bas tiba. Ini satu eksperimen dan setakat ini ia menunjukkan hasil yang sangat berkesan,” katanya.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata inisiatif berkenaan selari dengan usaha kerajaan negeri untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di bandar, termasuk pelaksanaan sistem Transit Aliran Autonomi (ART), sekali gus membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Menurut beliau, sekiranya sistem pengangkutan awam cekap dan diyakini, keperluan memiliki lebih daripada satu kenderaan dalam sesebuah keluarga dapat dikurangkan, sekali gus memberi penjimatan jangka panjang kepada rakyat.

Beliau menegaskan kejayaan inisiatif itu memerlukan kerjasama menyeluruh melibatkan kerajaan, sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat demi kepentingan pendidikan serta masa depan anak-anak Sarawak.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Roland tinjau pelajar baharu, tekankan STEM di SMK Tun Abdul Razak
Next: PDRM jayakan Program Hari Pertama Sekolah di SMK Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.