Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Roland tinjau pelajar baharu, tekankan STEM di SMK Tun Abdul Razak
  • PENDIDIKAN

Roland tinjau pelajar baharu, tekankan STEM di SMK Tun Abdul Razak

Utusan Sarawak 8 hours ago
 MENTERI Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD), Dato Sri Roland Sagah Wee Inn ketika berucap pada Program Hari Pertama Sekolah 2026, di SMK Tun Abdul Razak, Siburan hari ini. Foto Adele Rissa 

SIBURAN: Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD), Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, hari ini meninjau pelajar baharu dan kemudahan STEM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abdul Razak, bersempena Program Hari Pertama Sekolah 2026.

Beliau berkata Sarawak menyasarkan untuk melahirkan pereka cip, pakar teknologi dan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu menyokong ekonomi berteraskan inovasi.

“Kita mahu anak Sarawak menjadi peneraju teknologi, bukan sekadar pengguna. Untuk itu, asas sains dan matematik mesti kukuh sejak di bangku sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Hari Pertama Sekolah 2026 di SMK Tun Abdul Razak, di sini hari ini.

RAKAM kenangan Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, bersama para pelajar SMK Tun Abdul Razak selepas Program Hari Pertama Sekolah 2026 di Siburan, hari ini. Foto Adele Rissa 

Roland memaklumkan kerajaan negeri menyediakan pelbagai kursus pengajian berkaitan teknologi tinggi termasuk aeroangkasa, avionik dan kejuruteraan di universiti milik Sarawak, selain kerjasama dengan industri semikonduktor bagi melengkapkan graduan dengan kemahiran praktikal.

Beliau turut menegaskan kepada pelajar tentang kepentingan latihan praktikal selepas pengajian akademik supaya pelajar bersedia menjadi tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Dalam pada itu, Roland yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat mengulas Projek Jalan Padawan, yang kini berada di hadapan jadual pembinaan walaupun berdepan cuaca buruk.

“Jalan Padawan mendahului jadual sekitar empat peratus. Cuma cuaca buruk memberi kesan kepada kerja di tapak, tetapi keseluruhan projek masih berjalan lebih awal daripada jadual,” katanya kepada pemberita selepas perasmian program tersebut.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: UP-DLP diteruskan walaupun UPSR, PT3 dipertimbang kembali
Next: Projek Bas Sekolah Percuma berjaya, Sarawak sasar jadi model pengangkutan pelajar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.