Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Kajian pelaksanaan semula UPSR dan PT3 dimulakan tahun ini – Fadhlina
  • PENDIDIKAN

Kajian pelaksanaan semula UPSR dan PT3 dimulakan tahun ini – Fadhlina

Utusan Sarawak 9 hours ago
MENTERI Pendidikan Fadhlina Sidek bercakap ketika sidang media pada Majlis Pembukaan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Regent Elmina hari ini. Foto Bernama

SHAH ALAM: Kajian keperluan pelaksanaan semula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) akan dilaksanakan tahun ini dan hasilnya akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri secepat mungkin.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata semua pihak diminta memberi sedikit masa kepada kementerian untuk melaksanakan kajian berkenaan, yang turut mengambil kira pandangan pemegang taruh, khususnya ibu bapa.

“Mandat itu telah saya berikan kepada Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) dan di peringkat Kementerian Pendidikan (KPM), kita akan buat kajian menyeluruh. Mohon beri sedikit masa.

“Kita akan memberi penjelasan kepada masyarakat selepas kajian itu selesai dan ia akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri,” katanya dalam sidang media di Majlis Pembukaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ladang Regent Elmina sempena hari pertama kalendar akademik sesi 2026. Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.

Fadhlina sebelum ini dilaporkan berkata KPM telah mengaktifkan semula MPPK bagi mengkaji keperluan pelaksanaan PT3 dan UPSR.

UPSR dimansuhkan pada 2021, manakala PT3 dimansuhkan pada 2022, sebelum kedua-duanya digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Dalam perkembangan lain, Fadhlina berkata KPM komited menangani isu buli di sekolah dan semua pihak akan menandatangani Polisi Perlindungan Murid, sebagai janji untuk menjaga, memelihara, dan melindungi anak-anak di sekolah.

“Selain Polisi Perlindungan Murid, kementerian juga akan memperkenalkan Manual Buku Sekolah Sejahtera, Sekolah Selamat, yang kini dalam peringkat akhir, bagi dikongsi bersama ibu bapa dan masyarakat mengenai tanggungjawab bersama melindungi anak-anak,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa tiga daripada empat sekolah di sekitar Telok Panglima Garang, Kuala Langat, yang terjejas akibat ribut pada Oktober tahun lalu, memulakan sesi persekolahan hari ini, manakala satu lagi dijangka beroperasi sepenuhnya bulan depan.

Media sebelum ini melaporkan kerja-kerja baik pulih empat sekolah di Sijangkang yang terjejas akibat ribut pada 15 Okt 2025 dijangka selesai dalam tempoh tiga bulan, menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin berkata sebanyak RM10.1 juta diperuntukkan KPM bagi proses baik pulih Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang Jaya, SK Kampung Medan, SK Jalan Tanjung dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sijangkang Jaya.

Dalam kejadian pada 4.15 petang itu, empat sekolah terjejas, sebuah dewan dan lebih kurang 40 rumah dilaporkan mengalami kerosakan, dan fenomena ribut itu disifatkan sebagai antara yang terburuk di Selangor dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kaedah penyaluran bantuan pelajar menengah dimuktamadkan tahun ini
Next: Lebih 800,000 pelajar Tahun 1, Tingkatan 1 mula sesi persekolahan 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.