Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Kaedah penyaluran bantuan pelajar menengah dimuktamadkan tahun ini
  • PENDIDIKAN

Kaedah penyaluran bantuan pelajar menengah dimuktamadkan tahun ini

Utusan Sarawak 9 hours ago
DATUK MUSTAPHA SAKMUD… Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud, ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Sarawak 2026 di SMK Petra Jaya, hari ini.

PETRA JAYA: Kerajaan Persekutuan dijangka memuktamadkan kaedah penyaluran bantuan kewangan kepada pelajar sekolah menengah dalam tahun ini di bawah Inisiatif Kesejahteraan Rakyat Malaysia (Sejahtera MADANI).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud, berkata mekanisme pelaksanaan bantuan tersebut kini dalam peringkat perbincangan dan perincian, dengan cadangan penyaluran melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Menurut beliau, perbincangan sedang dijalankan bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi memperhalusi kaedah terbaik supaya bantuan berkenaan memberi manfaat jangka panjang kepada pelajar.

“Antara kaedah yang dipertimbangkan ialah penyaluran dalam bentuk tabungan SSPN supaya pelajar lebih bersedia untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti atau pendidikan tinggi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan JPN Sarawak Tahun 2026, di SMK Petra Jaya hari ini.

Beliau menjelaskan, kaedah penyaluran bantuan bagi pelajar sekolah menengah masih dalam peringkat perbincangan dan dijangka dilaksanakan sama ada dalam bentuk bantuan secara barangan (in-kind) atau tabungan pendidikan.

Datuk Mustapha berkata, pelaksanaan bantuan di bawah Inisiatif Sejahtera MADANI bersifat berterusan dan akan disesuaikan mengikut keperluan, selaras dengan usaha kerajaan membasmi kemiskinan tegar khususnya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah.

Menurutnya, pendekatan tersebut mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan akses pendidikan yang lebih saksama serta membantu pelajar membuat persediaan awal bagi masa depan akademik mereka.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: RM62 juta Bantuan Awal Persekolahan Sarawak 2026, lebih 413,000 pelajar terima manfaat
Next: Kajian pelaksanaan semula UPSR dan PT3 dimulakan tahun ini – Fadhlina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.