Pencarian Chin Shin Fah masih buntu, kehilangan enam hari terus jadi tanda tanya

Facebook
WhatsApp
MANGSA warga emas yang dilaporkan hilang di Rumah Baie, Merio Tambak di sini sejak seminggu lalu masih menemui jalan buntu walaupun telah memasuki hari keenam pencarian, semalam. Foto PGO Bomba Sarawak

ENGKILILI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki warga emas, Chin Shin Fah, 60, yang dilaporkan hilang di Rumah Baie, Merio Tambak di sini sejak seminggu lalu masih menemui jalan buntu walaupun telah memasuki hari keenam pencarian, sekali gus terus menjadi tanda tanya kepada keluarga dan penduduk setempat.

Menurut Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, Muhammad Rais Adham Rosalan, operasi SAR hari keenam yang dijalankan pada semalam terpaksa ditangguhkan berikutan keadaan cuaca hujan, tanpa sebarang petunjuk baharu ditemukan mengenai mangsa.

MANGSA warga emas yang dilaporkan hilang di Rumah Baie, Merio Tambak di sini sejak seminggu lalu masih menemui jalan buntu walaupun telah memasuki hari keenam pencarian, semalam. Foto PGO Bomba Sarawak

Beliau berkata, Chin Shin Fah dilaporkan hilang selepas keluar dari ruai rumah panjang berkenaan sekitar 11.30 malam pada 3 Januari lalu ketika menghadiri upacara sembahyang bersama ahli keluarganya, namun tidak pulang semula ke rumah panjang tersebut.

“Ahli keluarga dan penduduk rumah panjang telah menjalankan pencarian awal di sekitar kawasan kediaman, namun gagal menemui mangsa sebelum laporan polis dibuat pada 4 Januari,” katanya dalam satu kenyataan berkaitan kemas kini operasi SAR.

Mangsa yang beralamat di Rumah Baie, Merio Tambak, Engkilili itu dilaporkan berpakaian baju panjang berwarna keperakan dan seluar pendek kehitaman ketika kali terakhir dilihat. Sehingga kini, status mangsa masih belum ditemui.

MANGSA warga emas yang dilaporkan hilang di Rumah Baie, Merio Tambak di sini sejak seminggu lalu masih menemui jalan buntu walaupun telah memasuki hari keenam pencarian, semalam. Foto PGO Bomba Sarawak

Operasi SAR hari keenam semalam melibatkan pencarian darat dan sungai dalam beberapa radius ditetapkan dari Pusat Kawalan Operasi Bomba (PKOB), termasuk laluan ke kawasan Merindun serta menyusuri hilir sungai berhampiran, namun tiada hasil diperoleh.

Operasi tersebut disertai 34 anggota daripada pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), JBPM, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Pasukan Bomba Sukarela (PBS) serta penduduk kampung, dengan kekangan utama dikenal pasti ialah ketiadaan liputan komunikasi di kawasan operasi.

Muhammad Rais memaklumkan operasi SAR akan disambung semula hari ini, dengan harapan usaha berterusan ini akan membawa kepada penemuan mangsa, sekali gus merungkai misteri kehilangan yang terus menghantui keluarga Chin Shin Fah.

Oleh Adi Safarman

Kualiti udara Sarawak kekal tidak sihat

KUCHING: Kualiti udara di sebahagian besar kawasan Sarawak masih berada pada tahap tidak sihat berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU)