Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pegawai AADK Miri komited bebas rasuah dan dadah
  • Utara
  • WILAYAH

Pegawai AADK Miri komited bebas rasuah dan dadah

Utusan Sarawak 17 hours ago
KETUA Daerah AADK Miri, Rosmah Nasir ketika mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Bilangan 1 Tahun 2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat AADK Daerah Miri, semalam.

MIRI: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Miri terus komited memperkukuh tadbir urus serta integriti warganya melalui Mesyuarat Pengurusan Bilangan 1 Tahun 2026 yang diadakan di sini, semalam.

Menurut Ketua Daerah AADK Miri Rosmah Nasir yang dihubungi hari ini, mesyuarat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat AADK Daerah Miri itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sistem pengurusan dan etika kerja pegawai serta kakitangan dalam penyampaian perkhidmatan pencegahan, rawatan, perubatan, pemulihan dan penguatkuasaan kepada komuniti di Bahagian Miri.

Katanya, sebagai manifestasi komitmen terhadap nilai integriti, mesyuarat itu turut disertai dengan bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR), Aku Janji Polisi Anti Rasuah 2026 serta perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 oleh seluruh warga kerja AADK Daerah Miri.

TIDAK TERLEPAS…Semua pegawai dan kakitangan turut menjalani pemeriksaan air kencing sebagai sebahagian daripada langkah kawalan dalaman yang dilaksanakan secara berkala.

“Selepas mesyuarat, semua pegawai dan kakitangan telah menjalani pemeriksaan air kencing sebagai sebahagian daripada langkah kawalan dalaman yang dilaksanakan secara berkala.

“Inisiatif ini bertujuan memastikan setiap warga kerja agensi bebas sepenuhnya daripada sebarang penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang,” katanya.

Tambahnya, langkah proaktif ini membuktikan kesungguhan AADK Daerah Miri dalam memartabatkan integriti penjawat awam, di samping menjadi contoh teladan kepada masyarakat bahawa usaha pencegahan dadah harus bermula dari dalam organisasi sendiri.

AADK Daerah Miri kekal komited untuk terus memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dadah dan bahan demi kesejahteraan serta keselamatan komuniti setempat, tegasnya lagi.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Paras air di Matu menunjukkan trend menurun, penduduk terus berwaspada
Next: Tanah susur jejas laluan utama Rumah Patricia Sungai Bangkong Kabo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.