Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tun Dr Mahathir teruskan rawatan di IJN
  • NASIONAL

Tun Dr Mahathir teruskan rawatan di IJN

Utusan Sarawak 1 day ago
Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih meneruskan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) bagi pemulihan tulang pinggul yang patah akibat terjatuh di kediamannya, Selasa lepas.

Setiausaha Akhbar beliau, Sufi Yusoff berkata Tun Dr Mahathir akan menjalani rawatan fisioterapi tanpa pembedahan setelah perbincangan bersama doktor pakar daripada IJN, Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan Hospital Kuala Lumpur yang memutuskan rawatan berkenaan sebagai pilihan terbaik.

“Mengambil kira faktor usia Tun Dr Mahathir juga, proses pemulihan ini akan memakan jangka masa yang agak lama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sufi berkata Tun Dr Mahathir dan keluarga mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua pihak yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau.

“Buat masa ini juga, Tun Dr Mahathir tidak dibenar menerima pelawat kecuali keluarga terdekat,” katanya.

Terdahulu, pemimpin berusia 100 tahun itu dimasukkan ke IJN 6 Jan lepas selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya di The Mines, Seri Kembangan, dekat sini dan disahkan mengalami patah tulang pinggul kanan. – Bernama

Continue Reading

Previous: PRK: Tiga penjuru di Kinabatangan, satu lawan satu di Lamag – SPR
Next: Peruntukan tambahan RM5 juta untuk operasi, selenggara Zoo Negara – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.