Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Sarawak sasar 20,000 hektar empat tanaman utama menjelang 2030
  • BISNES

Sarawak sasar 20,000 hektar empat tanaman utama menjelang 2030

Utusan Sarawak 1 day ago
SIMBOLIK PERASMIAN… Setiausaha Tetap M-FICORD, Datu Sirai Daha (enam kanan) bersama yang lain memotong kek sebagai tanda perasmian majlis makan malam anjuran GPDS, malam tadi.

SARIKEI: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) merancang peluasan empat tanaman utama kepada 20,000 hektar bagi memperkukuh keterjaminan makanan dan meningkatkan keupayaan Sarawak sebagai Pengekspot Makanan Bersih menjelang 2030.

Setiausaha Tetap M-FICORD, Datu Sirai Daha, berkata perancangan itu merupakan antara teras utama strategi pembangunan sektor pertanian negeri yang memberi tumpuan kepada empat tanaman makanan utama iaitu kelapa, durian, nanas dan pisang.

“Bagi tanaman kelapa, Sarawak menyasarkan keluasan penanaman mencecah 20,000 hektar menjelang 2030, berbanding kira-kira 9,000 hektar ketika ini.

“Selain itu, penanaman durian, nanas dan pisang turut disasarkan mencapai keluasan keseluruhan 20,000 hektar, masing-masing dalam tempoh sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis makan malam anjuran Persatuan Pembangunan Dayak Sarikei (GPDS) di salah sebuah restoran di sini, malam tadi.

Tambahnya, untuk nanas, Sarawak kini telah mempunyai kilang pemprosesan di Sibu dan Miri.

“Bagi pisang pula, permintaan dari Semenanjung Malaysia adalah sangat tinggi, mencecah sekitar 20 tan seminggu dan varieti pisang nipah dikenal pasti antara yang paling mendapat permintaan pasaran,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa pembangunan sektor pertanian digalakkan dilaksanakan secara berkelompok bagi membentuk skala ekonomi yang lebih besar, sekali gus membolehkan pembangunan infrastruktur, penyampaian khidmat sokongan serta pemasaran dilaksanakan dengan lebih efisien.

Katanya, pertanian harus dijadikan perniagaan yang berdaya saing bagi meningkatkan taraf ekonomi.

Oleh Earl Anek

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dijangka catat aliran meningkat minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.