Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Gangguan bekalan air tidak berjadual akibat paip pecah di Jalan Haji Baki
  • TEMPATAN

Gangguan bekalan air tidak berjadual akibat paip pecah di Jalan Haji Baki

Utusan Sarawak 1 day ago
PENGALIHAN jalan sementara dilaksanakan di Jalan Haji Baki, Batu Kitang.

KUCHING: Sarawak Water Sdn. Bhd. memaklumkan kerja pembaikan sementara sedang dijalankan susulan gangguan bekalan air tidak berjadual akibat kegagalan cerun bahu jalan di Jalan Batu Kitang/Jalan Haji Baki di sini.

Menurut kenyataan media hari ini, kejadian tanah runtuh telah menyebabkan paip utama berdiameter 1,050 milimeter jenis paip keluli lembut berlapik simen (MSCL) mengalami kerosakan, sekali gus menjejaskan sistem bekalan air di kawasan terlibat.

Sarawak Water menjelaskan, kerja pembersihan tapak telah disiapkan pada 9 Januari lalu sebagai langkah persediaan dan mitigasi risiko bagi memastikan akses selamat untuk kerja pembaikan dan pembinaan.

AKTIVITI pembersihan tapak dijalankan sebagai kerja persediaan awal bagi pembaikan sementara saluran paip MSCL 1050mm.

Pada masa sama, laluan lencongan sementara telah disediakan dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan kelancaran aliran trafik serta keselamatan orang awam.

Pada 10 Januari 2026, Sarawak Water memulakan kerja pembaikan dan pemulihan sementara ke atas paip keluli lembut berlapik simen yang terjejas dengan matlamat mengembalikan sistem bekalan air kepada keadaan operasi normal secepat mungkin, di samping mengekalkan integriti sistem dan kebolehpercayaan bekalan.

Bagaimanapun, kerja pembaikan tersebut bergantung kepada keadaan cuaca.

Sekiranya hujan lebat berterusan, kerja mungkin dihentikan sementara berikutan peningkatan risiko keselamatan termasuk ketidakstabilan tanah dan kemungkinan pergerakan tanah runtuh susulan.

Sarawak Water memaklumkan semua kerja dilaksanakan mengikut amalan kejuruteraan terbaik, prosedur keselamatan serta keperluan kawalan operasi yang ditetapkan.

Dalam pada itu, pengalihan kekal paip keluli lembut berlapik simen berkenaan hanya akan dilaksanakan pada peringkat seterusnya, tertakluk kepada kajian teknikal terperinci dan penilaian kejuruteraan bagi memastikan keselamatan jangka panjang serta kebolehpercayaan sistem bekalan air.

Orang ramai diminta bersabar serta memberikan kerjasama sepanjang tempoh kerja pembaikan ini dijalankan. Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengikut perkembangan semasa.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 2,831 mangsa banjir dipindahkan, 39 PPS aktif di Sarawak
Next: Banjir Sarawak: 3,031 mangsa dipindahkan, 42 PPS aktif libatkan 14 daerah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.