Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak perkukuh industri akuakultur
  • SEMASA

Sarawak perkukuh industri akuakultur

Utusan Sarawak 1 day ago
LAWATAN KERJA… Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail (tiga kiri) meneroka kerjasama penternakan tilapia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Sarawak sedang mempertingkat usaha untuk memperkukuh industri akuakultur melalui kerjasama strategik dengan agensi persekutuan dan pihak akademik.

Bagi tujuan tersebut, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, telah mengadakan lawatan rasmi ke Pusat Biosekuriti Perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia baru-baru ini.

Menurut beliau, sesi lawatan dan perbincangan itu memberi tumpuan kepada potensi serta pembangunan penternakan tilapia di Batang Ai, khususnya dalam bidang biosekuriti, pengurusan penyakit ikan dan pemindahan teknologi untuk meningkatkan produktiviti industri.

Antara bidang utama yang dibincangkan ialah pembangunan induk berkualiti tinggi, penggunaan makanan ikan berasaskan probiotik dan aplikasi vaksin dalam amalan akuakultur.

LAWATAN KERJA… Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail (tiga kiri) meneroka kerjasama penternakan tilapia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mesyuarat tersebut turut meneliti langkah untuk memperkukuh kerjasama strategik antara Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) dan Jabatan Perikanan Malaysia, termasuk usaha mewujudkan Stesen Ridan sebagai pusat penyelidikan rujukan untuk penternakan tilapia dan pembangunan akuakultur.

Sebelum itu, beliau yang juga pengerusi PPNS, telah membuat lawatan rasmi ke Universiti Malaya (UM) bagi perbincangan mengenai pengeluaran makanan haiwan. Mesyuarat yang diadakan di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) itu memberi tumpuan kepada kerjasama penyelidikan dan inovasi berkaitan pembangunan makanan haiwan bagi menyokong keselamatan makanan dan industri berasaskan pertanian.

Penglibatan UM menekankan kepentingan menghubungkan institusi penyelidikan dengan pemain industri untuk memacu inovasi terutamanya dalam bidang pertanian pintar dan sistem makanan lestari.

Oleh Adeng Edrus

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Projek Kereta Api Trans-Borneo berpotensi perkukuh jaringan Sarawak–Kalimantan
Next: Eksklusif: Dua pasukan murid sekolah rendah dari Sarawak raih anugerah di YTAC Pulau Pinang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.