Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Projek Kereta Api Trans-Borneo berpotensi perkukuh jaringan Sarawak–Kalimantan
  • SEMASA

Projek Kereta Api Trans-Borneo berpotensi perkukuh jaringan Sarawak–Kalimantan

Utusan Sarawak 1 day ago
KUNJUNGAN HORMAT… Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kuching, Dr Abdullah Zulkifli mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Sarawak menyatakan sokongan terhadap usaha memperluaskan Projek Kereta Api Trans-Borneo merentas sempadan dengan melibatkan wilayah Kalimantan, Indonesia sebagai langkah strategik memperkukuh hubungan ekonomi, perdagangan dan mobiliti serantau di seluruh Borneo.

Perkara itu didedahkan Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kuching, Dr Abdullah Zulkifli dalam sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, hari ini.


Menurutnya, inisiatif berkenaan berpotensi meningkatkan tahap konektiviti antara Sarawak dan Kalimantan sekali gus mengukuhkan jaringan perdagangan dua hala sekiranya direalisasikan.

“Dalam kesempatan pertemuan sebentar tadi, Premier Sarawak mendorong agar satu jaringan konektiviti iaitu Projek Kereta Api Trans-Borneo diperluaskan ke wilayah Kalimantan.

“Jadi, ini adalah satu peluang yang baik untuk mendorong kerjasama antara Kalimantan dengan Sarawak dan seluruh kawasan Borneo untuk menjadi sebagai kawasan pembangunan ekonomi dan perdagangan yang menguntungkan semua pihak,” ujar beliau.

Untuk rekod, kunjungan hormat ini merupakan kunjungan pertama beliau ke atas Premier Sarawak selepas memegang jawatan itu pada Oktober tahun lalu.

Dr Abdullah menambah, peningkatan konektiviti khususnya dari Indonesia ke Sarawak merupakan antara fokus utama beliau memandangkan Kuching bakal menjadi tuan rumah acara pembukaan Sukan SEA.

“Sepanjang berada di sini, fokus utama saya adalah untuk meningkatkan aspek konektiviti serta kerjasama, termasuk juga konektiviti antara rakyat di mana ketika ini, hubungan antara Kuching dan Pontianak sudah pun terjalin, dengan Kuching menjadi wilayah terdekat dengan Kalimantan.

“Kita semua maklum bahawa pada 2027, majlis perasmian Sukan SEA akan diadakan di Kuching dan sudah tentu dijangka berlaku peningkatan jumlah pengunjung dari Indonesia ke Sarawak bagi menyaksikan temasya tersebut dan tahun lalu, iaitu pada 2025, ketika kami baru tiba, Sukan Borneo sedang berlangsung, manakala pada 2027 pula, Sukan Borneo akan diadakan di Kalimantan Timur,” jelas beliau lagi.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: MOTAC ambil tindakan tegas kes 36 jemaah umrah terkandas di Madinah
Next: Sarawak perkukuh industri akuakultur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.