Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Paras air meningkat, Kampung Landeh terjejas banjir 
  • TEMPATAN

Paras air meningkat, Kampung Landeh terjejas banjir 

Utusan Sarawak 1 day ago
APM Kuching memantau banjir di Kampung Landeh terjejas banjir susulan hujan lebat yang melanda kawasan tersebut sejak malam tadi. Foto APM Kuching

KUCHING: Lima rumah di Kampung Landeh terjejas banjir susulan hujan lebat yang melanda kawasan tersebut sejak malam tadi.

Menurut laporan pemantauan bencana banjir Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuching, tinjauan di lokasi yang dijalankan pada 1.09 tengah hari mendapati paras air di kampung berkenaan dilaporkan meningkat sehingga kira-kira tujuh kaki, manakala keadaan cuaca masih mendung.

Keadaan banjir menyebabkan laluan masuk ke rumah penduduk tidak dapat dilalui, sekali gus menyukarkan pergerakan dan pemantauan di kawasan terjejas.

APM Kuching memantau banjir di Kampung Landeh terjejas banjir susulan hujan lebat yang melanda kawasan tersebut sejak malam tadi. Foto APM Kuching

Susulan situasi itu, sebuah keluarga telah berpindah sementara ke Sekolah Kebangsaan (SK) Landeh atas faktor keselamatan, manakala empat lagi keluarga memilih untuk tidak berpindah dan kekal di kediaman masing-masing.

APM Kuching memaklumkan bahawa ketua kampung Kampung Landeh akan terus menyalurkan maklumat serta perkembangan semasa dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan kebajikan penduduk sentiasa dipantau.

Orang ramai yang memerlukan bantuan kecemasan dinasihatkan supaya menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Kawalan Operasi Daerah Kuching di talian 082-252940 atau 082-252941.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pemantauan udara dron APM Sarawak perkukuh kesiapsiagaan hadapi MTL
Next: Mangsa banjir tidak perlu bimbang, polis pantau kawasan ditinggalkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.