

SIBU: Residen Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Jeriah, hari ini.
Lawatan itu adalah bagi meninjau keadaan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan tersebut.
Dalam lawatan ini, Mohamad Porkan turut berinteraksi dengan mangsa dan petugas, serta menekankan kepentingan kesediaan dan koordinasi pihak berkuasa tempatan dalam menghadapi situasi banjir.
PPS di Dewan Kampung Jeriah, telah dibuka berkuatkuasa 9.30 pagi tadi.
Pembukaan PPS ini adalah susulan situasi semasa melibatkan kawasan terjejas dan bertujuan memastikan keselamatan serta kebajikan penduduk yang terlibat sentiasa terpelihara.
Setakat ini, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sibu telah melaksanakan pemindahan satu Ketua Isi Rumah (1 KIR) enam mangsa banjir ke PPS di Dewan Kampung Jeriah.
Oleh Akun Giman