Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak rancang tambah petugas kesihatan di HUS, perkukuh pelaksanaan MA63
  • TEMPATAN

Sarawak rancang tambah petugas kesihatan di HUS, perkukuh pelaksanaan MA63

Utusan Sarawak 2 days ago
DATUK Amar Dr. Sim Kui Hian ketika ditemui media pada Majlis Penyerahan Keperluan Perubatan Asas kepada Klinik Kesihatan Batu Kawa di Kuching hari ini. Foto Norman B

KUCHING: Kementerian Kesihatan (KKM) menganggarkan keperluan penambahan kakitangan kesihatan di seluruh negara susulan lawatan ke beberapa hospital pada Julai tahun lalu, bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan perubatan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, berkata Hospital Umum Sarawak (HUS) yang kini berdepan peningkatan beban kerja masih memerlukan tambahan tenaga kerja bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat.

“Usaha penambahan tenaga kerja ini penting bagi memastikan perkhidmatan kesihatan dapat disampaikan secara lebih berkesan dan mampan, khususnya di hospital utama negeri,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Sim berkata kerajaan Sarawak merancang untuk memohon Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof, mempengerusikan sebuah jawatankuasa menteri peringkat tertinggi pada 2026, khusus bagi memperkukuh pelaksanaan perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menurutnya, sebelum ini satu mesyuarat peringkat tinggi telah diadakan melibatkan pelbagai kementerian dan agensi utama bagi memastikan semua pihak berkepentingan dapat duduk semeja.

“Pendekatan ini bertujuan membolehkan satu pelan hala tuju yang jelas, menyeluruh dan bersepadu dirangka serta dilaksanakan secara berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Keperluan Perubatan Asas kepada Klinik Kesihatan Batu Kawa di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Sim berkata penambahan tenaga kerja kesihatan di HUS akan dilaksanakan secara berperingkat menerusi pelan hala tuju jangka panjang, merangkumi pengambilan petugas baharu, penajaan biasiswa serta peluasan latihan dalam bidang kejururawatan dan fisioterapi.

Langkah itu, katanya, bertujuan menjamin kesinambungan dan kualiti perkhidmatan kesihatan di Sarawak.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: PDRM jamin kawal keselamatan kediaman penduduk yang berpindah banjir
Next: Wanita PRS mulakan gerak kerja strategik hadapi PRN13  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.