RAFAEL Nadal memberi amaran bahawa dia tahu bagaimana cara memperbaiki kesilapannya sebelum turun mempertahankan gelaran di Terbuka Perancis selepas tewas di suku akhir Rome Masters, kejohanan pemanas badan sebelum Roland Garros.
Juara sembilan kali di Rome itu tewas 6-2, 7-5 kepada pemain Argentina, Diego Schwartzman, pemain pilihan kedua yang dikalahkan sembilan kali pada pertembungan mereka sebelum ini.
Ia adalah pe- luang ter- akhir Nadal untuk membaiki kelemahannya sebelum turun memburu gelaran Terbuka Perancis ke-13 dan rekod itu akan menyamai rekod 20 Grand Slam Roger Federer.
“Ini tahun yang sangat istimewa dan tidak dapat diramalkan,” kata pemain berusia 34 tahun itu.
“Saya mungkin akan pulang dan kemudian lihat apa yang berlaku. Saya me- lakukan tugas di sini.
“Saya berjuang hingga akhir. Tetapi apabila kehilangan banyak servis, anda tidak boleh meng- harapkan kemenangan dalam satu perlawanan.
“Sesuatu yang harus saya perbaiki. Saya tahu bagaimana melakukannya.
“Saya akan terus bekerja dan terus berlatih dengan sikap yang betul dan berusaha memberi saya peluang untuk bersedia.
“Saya melakukan beberapa perkara dengan baik dan lain-lain yang buruk. Dan hanya itu. Sekurang-kurangnya saya bermain tiga perlawanan.”
Nadal menewaskan rakan senegara dari Sepanyol, Pablo Carreno Busta, finalis separuh akhir Terbuka AS, 6-1, 6-1 dalam perlawanan pertamanya minggu ini diikuti dengan permain Serbia, Dusan Lajovic 6-1, 6-3.
Bagaimanapun, Schwartzman melakukan persembahan yang menakjubkan untuk menyekat kemaraan Nadal.
“Setelah sekian lama tanpa bertanding, saya bermain dua perlawanan yang bagus, dan hari ini saya bermain agak teruk melawan lawan yang baik,” kata Nadal.”Itu sama sekali bukan malam saya,” katanya.
“Maka kita harus berfikir secara dalaman mengapa, bagaimana saya dapat memperbaikinya.”
Schwartzman yang memiliki tiga gelaran dalamm karier- nya berbanding Nadal, 85 gelaran berkata dia telah beberapa kali berada dekat untuk mengalahkan pemain dari Sepanyol itu. -AFP