Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka rendah didorong langkah elak risiko tingkatkan dolar AS
  • BISNES

Ringgit dibuka rendah didorong langkah elak risiko tingkatkan dolar AS

Utusan Sarawak 3 days ago
MATA wang tempatan menyusut kepada 4.0580/0680 berbanding dolar AS daripada 4.0515/0560 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan kesediaan untuk mengambil risiko pada peringkat global menjadi lebih berhati-hati, mendorong pelabur mengurangkan pendedahan terhadap aset pasaran sedang pesat membangun.

Pada 8.00 pagi, mata wang tempatan menyusut kepada 4.0580/0680 berbanding dolar AS daripada 4.0515/0560 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Pengarah Strategi Pelaburan dan Ahli Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata tempoh mengurangkan risiko lazimnya menyaksikan aliran modal beralih kepada dolar AS sebagai aset selamat bersifat cair, menyebabkan mata wang serantau termasuk ringgit berada di bawah tekanan sementara.

“Serangan terkini Amerika Syarikat (AS) ke atas Venezuela telah menambah kepada sentimen menghindari risiko.

“Walaupun situasi itu tidak mengubah asas ekonomi Malaysia, ia meningkatkan ketidaktentuan geopolitik yang cenderung mendorong permintaan meningkat terhadap aset AS dan mengukuhkan kekuatan dolar dalam masa terdekat,” katanya kepada Bernama.

Pada masa yang sama, katanya minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS pada Disember telah menyokong pengukuhan dolar.

“Minit tersebut menunjukkan perbezaan pandangan dalam kalangan ahli jawatankuasa, dengan kebanyakannya memberi petunjuk bahawa penurunan kadar faedah seterusnya wajar ditangguhkan kecuali inflasi terus menurun manakala yang lain berpendapat kadar faedah perlu dikekalkan tidak berubah untuk tempoh yang panjang selepas tiga kali penurunan pada 2025.

“Pendekatan Rizab Persekutuan AS yang lebih berhati-hati ini telah meningkatkan jangkaan hasil bon AS, meluaskan jurang perbezaan kadar faedah dan seterusnya menambah tekanan ke atas ringgit,” katanya.

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding yen Jepun kepada 2.5845/5911 daripada 2.5817/5848 pada Jumaat lepas, rendah berbanding pound kepada 5.4527/4662 daripada 5.4509/4569 dan berkurangan berbanding euro kepada 4.7499/7616 daripada 4.7488/7540.

Mata wang tempatan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1506/1586 daripada 3.1502/1540 dan merosot berbanding peso Filipina kepada 6.89/6.91 daripada 6.88/6.89 pada Jumaat lepas.

Sementara itu, ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8662/9073 daripada 12.8996/9201 dan mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 242.6/243.3 daripada 242.2/242.6 sebelum ini.

  • Bernama
Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Penstrukturan PTPTN tidak jejas pinjaman perumahan
Next: Bursa Malaysia dibuka meningkat dalam dagangan berhati-hati

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.