Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM Anwar dijangka buat beberapa pengumuman penting esok – Loke
  • NASIONAL

PM Anwar dijangka buat beberapa pengumuman penting esok – Loke

Utusan Sarawak 3 days ago
DATUK Seri Anwar Ibrahim. Foto Bernama

MELAKA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat beberapa pengumuman penting pada Perhimpunan Bulanan Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Januari dan Amanat Tahun 2026, esok.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pengumuman itu membabitkan isu kritikal berkaitan ekonomi, pendidikan serta reformasi institusi.

“Esok Isnin, Perdana Menteri akan panggil mesyuarat khas Jemaah Menteri dengan beberapa isu terdesak akan dibincangkan.

“Selepas itu, pada 11.30 pagi, Perdana Menteri akan menyampaikan Amanat Tahun Baharu (2026) bersama-sama dengan warga Jabatan Perdana Menteri,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen DAP Melaka di sini hari ini.

Beliau berkata perkara bakal diumumkan itu menunjukkan keseriusan Anwar dan pimpinan Kerajaan MADANI menangani isu serta masalah dihadapi rakyat ketika ini terutama dalam menangani iklim ekonomi mencabar.

Loke berkata amanat berkenaan juga akan menggariskan hala tuju utama negara dan kerajaan sempena tahun baharu ini.

Hadir sama Pengerusi DAP Melaka yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong.- Bernama

Continue Reading

Previous: Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak dan Johor beransur pulih
Next: RUU hadkan tempoh jawatan PM dibentang di parlimen tahun ini – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.