Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Persediaan awal kurangkan beban kewangan ibubapa menjelang sesi persekolahan anak
  • Selatan
  • WILAYAH

Persediaan awal kurangkan beban kewangan ibubapa menjelang sesi persekolahan anak

Utusan Sarawak 4 days ago
RODNEY Gavin dan keluarga membeli barang sekolah.

KUCHING: Menjelang pembukaan sesi persekolahan baharu, tinjauan mendapati kebanyakan ibubapa mengambil langkah perancangan awal bagi memastikan keperluan anak-anak dapat disediakan, meskipun berdepan peningkatan kos barangan sekolah.

Bagi Rodney Gavin, 41, persiapan sekolah dilakukan secara berperingkat bersama isteri sebaik menerima makluman awal daripada pihak sekolah.

“Kami biasanya rujuk dokumen yang dihantar oleh pihak sekolah terlebih dahulu untuk anggarkan jumlah perbelanjaan.

“Bila ada jualan murah, kami ambil peluang untuk beli lebih awal barangan sekolah anak saya tiga orang. katanya ketika ditemui Utusan Sarawak, hari ini.

Mengulas harga barangan sekolah, Rodney mengakui terdapat sedikit peningkatan, namun masih terkawal di peringkat negeri.

“Dari tahun ke tahun memang ada kenaikan disebabkan inflasi tetapi bapi bagi saya, di Sarawak harganya masih dalam lingkungan yang boleh diterima.

“Bagi saya beg sekolah merupakan barang paling mahal, tetapi kalau ikut kuantiti pakaian seragam yang paling mahal sebab kita bukan beli satu, tapi dua hingga tiga set pakaian seragam anak,” tambahnya.

 MESAH Salleh dan keluarga membeli barang sekolah.

Sementara itu, Mesah Salleh, 37, berkata persiapan sekolah melibatkan pembelian pakaian seragam, kasut, beg dan alat tulis untuk empat anaknya yang bersekolah di peringkat menengah, rendah dan prasekolah.

“Harga memang agak mahal. Anak-anak sekarang lebih memilih dari segi kualiti, jadi harganya pun naik sikit. Tapi masih mampu milik.

“Kalau barang sekolah paling mahal rasanya beg sekolah dan tadi anak bongsu saya mahu sangat beg pilihannya, walaupun mahal kita tetap belikan ikut kehendak anak-anak.

“Dari segi kos persediaan membeli barangan sekolah anak-anak, ada sedikit sebanyak memberi kesan kepada perbelanjaan keluarga bagi saya,” jelasnya.

DINA Albert dan anaknya membeli pakaian seragam sekolah.

Bagi Dina Albert, 42, perancangan awal menjadi kunci utama bagi mengelakkan tekanan kewangan.

“Saya dah bersedia dan rancang awal kos perbelanjaan sekolah anak-anak, jadi ia tidak memberi kesan besar kepada perbelanjaan bulanan keluarga.

“Kenaikan harga barangan sekolah merupakan perkara yang dijangka setiap tahun, dengan pakaian dan kasut antara barangan paling mahal untuk dibeli.

“Jadi masa pertengahan tahun sesi persekolahan, kita beli awal mana yang tak cukup supaya nanti akhir tahun kita hanya perlu beli apa yang diperlukan untuk sesi sekolah bermula tahun seterusnya,” ujarnya.

 SUASANA… kemeriahan ibubapa dan anak-anak membeli kelengkapan sekolah.

Secara keseluruhan, tinjauan mendapati walaupun kos persediaan sekolah terus meningkat, perancangan awal dan pembelian berperingkat membantu ibubapa mengurus perbelanjaan dengan lebih teratur menjelang sesi persekolahan baharu.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Pemantauan catat kenaikan paras air sungai Katibas, Chapi dan Rajang
Next: Kerajaan Sarawak prihatin, perkasa kebajikan wanita DUN Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.