Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • 11 maut bas bertembung lori di selatan Brazil
  • KEMALANGAN

11 maut bas bertembung lori di selatan Brazil

Utusan Sarawak 2 days ago
KEMALANGAN… Sekurang-kurangnya 11 orang maut selepas sebuah bas bertembung dengan sebuah lori di selatan Brazil, semalam.

SAO PAULO, Brazil: Sekurang-kurangnya 11 orang maut selepas sebuah bas bertembung dengan sebuah lori di selatan Brazil semalam, lapor Agensi Berita Emirates (WAM) memetik kenyataan Polis Lebuhraya Persekutuan negara itu.

Menurut polis, tujuh orang lagi cedera dalam kemalangan yang berlaku kira-kira 11.30 pagi waktu tempatan di lebuh raya persekutuan di negeri paling selatan Brazil, Rio Grande do Sul, dan mangsa cedera telah dihantar ke hospital.

Sebahagian muatan pasir lori berkenaan dilaporkan memasuki bahagian dalam bas akibat perlanggaran itu, sekali gus menyukarkan usaha pasukan penyelamat untuk mengakses kenderaan berkenaan, menurut polis.

-Bernama  

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Dua cedera dalam kemalangan Proton Saga bertembung lori treler di Kota Samarahan
Next: Tiga lelaki terlibat kemalangan dua kenderaan di Jejambat Batu 7

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.