Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 perkukuh perlindungan kanak-kanak – Nancy Shukri
  • NASIONAL

Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 perkukuh perlindungan kanak-kanak – Nancy Shukri

Utusan Sarawak 4 days ago
DATO Sri Nancy Shukri ketika sidang media Bengkel Pembangunan Kepimpinan Untuk Usahawan Wanita Dayak (PENDAYA), di Dayak Chamber di Kuching, hari ini.

KUCHING: Pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 yang mula berkuat kuasa semalam dilihat sebagai langkah adil dan perlu dalam memperkukuh perlindungan kanak-kanak, khususnya dalam penggunaan media sosial.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, akta berkenaan meletakkan tanggungjawab utama kepada pengendali platform digital atau operator untuk memastikan akaun pengguna, khususnya melibatkan kanak-kanak berumur 16 tahun ke bawah, dipantau dengan berkesan.

“Undang-undang ini bersifat adil kerana ia memberi tanggungjawab kepada operator supaya memantau sama ada sesuatu akaun itu melibatkan kanak-kanak atau tidak.

“Bagi mereka yang berumur 16 tahun ke bawah, akaun berkenaan tidak dibenarkan,” katanya pada sidang media Bengkel Pembangunan Kepimpinan Untuk Usahawan Wanita Dayak (PENDAYA), di Dayak Chamber di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain operator, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan anak-anak ketika menggunakan platform dalam talian, sejajar dengan matlamat akta tersebut untuk melindungi kanak-kanak daripada sebarang ancaman dan pengaruh negatif.

“Kita tidak mampu membiarkan perkara-perkara yang memberi kesan buruk kepada kanak-kanak berleluasa di negara ini, terutama selepas apa yang telah berlaku sebelum ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Nancy memaklumkan bahawa pengendali platform media sosial turut mengadakan pertemuan dengan menteri-menteri berkaitan bagi menjelaskan peranan serta kaedah pelaksanaan akta berkenaan, termasuk aspek teknikal penguatkuasaan.

Beliau turut menjelaskan bahawa operator mempunyai kuasa untuk memadam akaun kanak-kanak di bawah umur yang tidak mematuhi ketetapan, namun kaedah pelaksanaannya bergantung kepada mekanisme teknikal yang ditetapkan oleh pihak berkenaan.

“Apa yang penting bagi kita ialah memastikan operator bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penglibatan kanak-kanak dalam penggunaan media sosial,” katanya.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Penduduk lega, anggap penggantian titi gantung sebagai hadiah tahun baharu
Next: Kerajaan kerjasama dengan pihak berkuasa pantau penularan ajaran sesat – Zulkifli

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.