Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Penantian tujuh beradik miliki kad pergenalan berakhir
  • NASIONAL

Penantian tujuh beradik miliki kad pergenalan berakhir

Utusan Sarawak 5 hours ago
TUJUH beradik Nur Hakikah, Ahmad Shahmil, Nur Shakila, Zakaria, Nur Hakimah, Muhammad Fazril dan Nur Laila selepas sesi penyerahan kad pengenalan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di kediaman mereka di Sungai Buaya, Rawang di sini hari ini. Penantian tujuh beradik tersebut untuk memiliki dokumen pengenalan diri berakhir apabila menerima kad pengenalan secara daftar lewat di kediaman mereka di Bandar Sungai Buaya di sini hari ini. Mereka yang berusia antara 17 hingga 30 tahun itu menerima kelulusan permohonan Daftar Lewat Sijil Kelahiran pada 8 Disember diikuti kelulusan Daftar Lewat Kad Pengenalan pada 23 Disember 2025. Foto BERNAMA

RAWANG: Penantian tujuh beradik untuk memiliki dokumen pengenalan diri berakhir apabila menerima kad pengenalan secara daftar lewat di kediaman mereka di Bandar Sungai Buaya di sini hari ini. 

Mereka yang berusia antara 17 hingga 30 tahun itu menerima kelulusan permohonan Daftar Lewat Sijil Kelahiran pada 8 Disember diikuti kelulusan Daftar Lewat Kad Pengenalan pada 23 Disember 2025.

TUJUH beradik (dari kiri), Ahmad Shahmil Ismail, Zakaria, Nur Hakikah, Nur Hakimah, Nur Shakila, Nur Laila dan Muhammad Fazril ditemui selepas sesi penyerahan kad pengenalan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di kediaman mereka di Sungai Buaya, Rawang di sini hari ini. Foto BERNAMA

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Badrul Hisham Alias berkata pendaftaran lewat itu berpunca daripada perkahwinan ibu bapa tidak didaftarkan sekali gus menjejaskan urusan pengeluaran dokumen pengenalan diri anak.

Beliau berkata keadaan lebih rumit apabila bapa tujuh beradik itu meninggal dunia pada 2023 menyebabkan keperluan mendapatkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) waris terdekat seperti bapa saudara bagi tujuan pengesahan pertalian.

KETUA Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Badrul Hisham Alias ketika ditemubual pemberita selepas sesi penyerahan kad pengenalan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada tujuh beradik di Sungai Buaya, Rawang di sini hari ini. Foto BERNAMA

“Sebaik maklumat permohonan diterima, JPN meminta keluarga ini hadir ke pejabat untuk menjalankan semakan melalui Bahagian Kelahiran dan Kematian serta siasatan lanjut bagi mengesahkan pertalian anak dengan ibu bapa,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan dokumen pengenalan diri itu.

Badrul Hisham berkata siasatan termasuk ujian DNA membuktikan pertalian kekeluargaan selain perkahwinan ibu bapa turut didaftarkan semula dan disahkan mahkamah yang merupakan satu keperluan penting sebelum sijil kelahiran dapat dikeluarkan dengan taraf warganegara.

TUJUH beradik yang menerima Kad Pengenalan, (dari kiri), Ahmad Shamil, Nur Hakikah, Nur Shakila, Nur Hakimah, Nur Laila, Muhammad Fazril dan Muhammad Zakaria bergambar bersama kad pengenalan mereka selepas sesi penyerahannya oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di kediaman mereka di Sungai Buaya, Rawang di sini hari ini. Foto BERNAMA

“Apabila semua keperluan dipenuhi, sijil kelahiran dapat dikeluarkan diikuti kad pengenalan,” katanya.

Tujuh beradik itu ialah Ahmad Shahmil Ismail, 30, Muhammad Fazril, 29, Nur Hakimah, 26, Nur Hakikah, 24, Nur Laila, 22, Nur Shakila, 19, dan Zakaria, 17, dari Kampung Tanjung Sungai Choh di sini. 

Dalam pada itu, Badrul Hisham menyeru warganegara Malaysia memastikan perkahwinan didaftarkan mengikut undang-undang yang bukan sekadar keperluan pentadbiran sebaliknya perlindungan asas kepada hak anak pada masa hadapan.

NUR Shakila Ismail (tengah) tidak dapat menahan sebak ketika menyampaikan ucapan ringkas selepas sesi penyerahan kad pengenalan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di kediaman mereka di Sungai Buaya, Rawang di sini hari ini. Foto BERNAMA

“Setiap perkahwinan dan kelahiran wajib didaftarkan sama ada melibatkan warganegara atau bukan warganegara. Warga asing di Malaysia juga perlu memastikan kelahiran anak didaftarkan mengikut peraturan ditetapkan supaya isu ketiadaan dokumen pengenalan diri dapat dielakkan,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan data JPN tahun lepas, sebanyak 4,497 permohonan Daftar Lewat Kad Pengenalan diterima manakala 9,528 permohonan melibatkan Daftar Lewat Kelahiran.

Beliau berkata JPN akan melipatgandakan usaha dan program turun padang ke lapangan pada tahun ini bagi mengesan serta menangani kes keciciran dokumen pengenalan diri. – Bernama

Continue Reading

Previous: Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat, Johor berkurang pagi ini
Next: MINDEF tidak lindungi rasuah namun tolak tuduhan tanpa bukti – Mohamed Khaled

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.