Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SAR remaja dikhuatiri dibaham buaya di Pulau Bruit masuk hari ketujuh
  • Tengah
  • WILAYAH

SAR remaja dikhuatiri dibaham buaya di Pulau Bruit masuk hari ketujuh

Utusan Sarawak 6 hours ago
OPERASI SAR diperluaskan sehingga 40 kilometer sepanjang pesisir Batang Paloh dalam usaha menjejaki mangsa.

DARO: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang dikhuatiri dibaham buaya di Jeti Sungai Kelai, Rumah Panjang Jingga, Pulau Bruit di sini, kini memasuki hari ketujuh.

Mangsa dikenali sebagai Agustine Fernando Nyalong, 14 tahun, dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu selepas satu kejadian dipercayai melibatkan serangan buaya di kawasan berkenaan. Sehingga kini, mangsa masih belum ditemui.

Operasi mencari dan menyelamat hari ketujuh dimulakan pada 8.30 pagi dengan sesi taklimat bersama agensi terlibat dalam pasukan SAR.

Pada 9.00 pagi, radius pencarian telah diperluaskan sehingga 40 kilometer sepanjang pesisir Batang Paloh, bermula dari Rumah Panjang Jingga hingga ke Kampung Sebako.

Dalam operasi tersebut, pasukan bomba dan polis ditugaskan menyusuri kawasan pemasangan umpan buaya, manakala Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak menjalankan pencarian di sepanjang sungai ke arah hulu dan hilir dalam lingkungan radius yang ditetapkan.

Bagaimanapun, operasi terpaksa ditangguhkan pada 11.00 pagi berikutan hujan lebat yang menjejaskan keadaan dan keselamatan pasukan di lapangan.

Operasi SAR ini diketuai oleh Pegawai Bomba Tinggi II Hasman Bakar dan akan disambung semula bergantung kepada keadaan cuaca serta tahap keselamatan di lokasi kejadian.

Orang ramai khususnya penduduk di kawasan sungai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengelakkan aktiviti berisiko di perairan yang dikenal pasti mempunyai ancaman buaya.

Continue Reading

Previous: AirBorneo rasmi beroperasi, penerbangan pertama tiba di Mukah
Next: RM65 juta diluluskan untuk jalan hubungkan Kampung Sawai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.