Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Anak Perempuan Kim Jong Un lakukan kunjungan pertama ke makam keluarga
  • GLOBAL

Anak Perempuan Kim Jong Un lakukan kunjungan pertama ke makam keluarga

Utusan Sarawak 6 hours ago
GAMBAR ini diambil pada 1 Januari 2026 dan dikeluarkan oleh Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) rasmi Korea Utara melalui KNS pada 2 Januari 2026, menunjukkan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un (tengah), isterinya Ri Sol Ju dan anak perempuan mereka Kim Ju Ae mengunjungi Istana Matahari Kumsusan bagi menyambut Tahun Baharu di Pyongyang. Anak perempuan pemimpin Korea Utara, Kim Ju Ae, telah membuat lawatan pertamanya ke sebuah makam yang menempatkan jasad datuk dan moyang sebelah bapanya, menurut imej media kerajaan yang dikeluarkan pada 2 Januari, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai bakal pengganti bapanya. Foto AFP

SEOUL: Anak perempuan kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un membuat kunjungan rasmi pertamanya ke makam keluarga, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Imej yang dikeluarkan oleh agensi berita negara, KCNA, pada Jumaat menunjukkan anak perempuannya itu berada bersama beberapa tokoh kanan semasa lawatan yang sangat simbolik ke Istana Matahari Kumsusan di ibu negara Pyongyang.

Jasad yang diawet bagi pengasas negara Korea Utara, Kim Il Sung dan penggantinya Kim Jong Il – datuk dan bapa kepada Kim Jong Un disemadikan di situ.

Menurut pakar, kemunculan itu adalah satu lagi petunjuk yang Kim mungkin sedang mempersiap puterinya sebagai bakal pengganti politiknya.

GAMBAR ini diambil pada 31 Disember 2025 dan dikeluarkan oleh Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) rasmi Korea Utara melalui KNS pada 1 Januari 2026, menunjukkan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un melambai bersama anak perempuannya Kim Ju Ae (kiri) semasa konsert Tahun Baharu di Stadium May Day di Pyongyang. Foto AFP

Anak perempuan Kim itu pertama kali dipaparkan dalam foto media negara Korea Utara pada 2022 dan sejak itu menemani bapanya dalam beberapa acara berprofil tinggi, termasuk ujian peluru berpandu dan lawatan rasmi negara ke China.

Bagaimanapun, maklumat rasmi mengenai gadis itu masih terhad. Media negara Korea Utara tidak mengesahkan sama ada nama atau usianya.

Bekas bintang bola keranjang Dennis Rodman, yang pernah bertemu Kim Jong Un semasa lawatannya ke Korea Utara pada 2013 berkata nama pertama kanak-kanak itu ialah Ju Ae. Usianya dianggarkan kira-kira 13 tahun.

Sesetengah penganalisis percaya Kim Jong Un mungkin mempunyai anak lain selain anak perempuannya, termasuk seorang anak lelaki yang berkemungkinan akan diperkenalkan kepada umum pada masa akan datang. – Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Trump dedah amalan ambil aspirin, nafi tidur ketika mesyuarat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.