Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki tempatan ditahan miliki waran tangkap dalam Op Bersepadu Ambang Tahun Baharu
  • JENAYAH

Lelaki tempatan ditahan miliki waran tangkap dalam Op Bersepadu Ambang Tahun Baharu

Utusan Sarawak 9 hours ago
SUSPEK mempunyai waran tangkap kerana gagal menghadiri perbicaraan mahkamah pada 22 Disember 2025 di Mahkamah Saratok. Foto IPD Saratok

SARATOK: Polis menahan seorang lelaki tempatan selepas didapati mempunyai waran tangkap ketika pelaksanaan Op Bersepadu Ambang Tahun Baharu 2026 di Pekan Saratok, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie, berkata tangkapan dilakukan oleh sepasukan anggota MPV STK 102 kira-kira 12.15 tengah malam, ketika rondaan dijalankan bersama Koperal Fadzil.

Menurut beliau, semasa rondaan di sekitar Pekan Saratok, polis mengesan kenderaan jenis Toyota Land Cruiser Prado dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak menahannya untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut dipandu oleh seorang lelaki berusia 32 tahun. 

“Siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai waran tangkap kerana gagal menghadiri perbicaraan mahkamah pada 22 Disember 2025 di Mahkamah Saratok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah DSP Mathew, waran tangkap itu dikeluarkan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, melibatkan rujukan kes STK-83D-115-12/2025.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing terhadap suspek turut mendapati keputusan positif amphetamine dan methamphetamine, selain suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan kes narkotik.

“Suspek yang berasal dari Saratok Bazaar itu telah ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya.

Dalam pada itu, DSP Mathew menegaskan IPD Saratok akan terus mempergiatkan operasi dan rondaan bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam, khususnya sepanjang musim perayaan dan sambutan tahun baharu.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Seorang lelaki ditahan atas kes khianat dan kecurian kabel TM di Miri
Next: 100 kenderaan diperiksa, 25 motosikal ditahan dalam Ops Ambang Tahun Baharu di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.